Shafie Apdal Umum Calon PRN Minggu Depan

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal akan memuktamad dan mengumumkan calon untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bagi parti itu bersama sekutunya UPKO dan Pakatan Harapan.

Shafie, selepas mempengerusikan mesyuarat di ibu pejabat arisan hari ini berkata, mesyuarat bersama PH dan UPKO hari ini membincangkan berkenaan pengagihan kerusi dan calon pada PRN nanti.

“Kami sudah bersedia untuk menghadapi parti lawan dan mesyuarat hari ini memperincikan beberapa perkara, pertama mengenai kerusi dan kedua ialah soal calon,” katanya.

Terdahulu, Mohd Shafie dalam sidang media di Kota Kinabalu mendedahkan telah mendapat surat daripada YDP Sabah untuk membubarkan DUN Sabah.

Ia susulan tindakan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman sebelum itu mendakwa mempunyai sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah bagi membentuk Kerajaan Negeri baharu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat