Polis Panggil Ramesh Rao Beri Keterangan Esok

- Advertisement -

Cyberjaya – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanggil Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao Krishnan Naidu, untuk memberi keterangan esok berhubung ciapan yang mengaitkan seorang hakim dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perkara tersebut disagkan oleh Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid.

“Suspek akan datang ke Bukit Aman pada 4 Ogos,” katanya ringkas ketika dihubungi sebuah portal berita sebentar tadi.

Ia ekoran ciapan di Twitter yang mendakwa hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali mempunyai pertalian darah dengan bekas perdana menteri itu.

Dalam ciapan berkenaan, pemiliknya mendakwa hakim yang mengendalikan kes dana SRC International Sdn Bhd membabitkan Datuk Seri Najib Razak adalah cucu saudara kepada Mahathir.

Terdahulu Mior berkata polis telah mengenal pasti pemilik sebenar akaun Twitter tersebut dan siasatan dijalankan mengikut Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat