Isu kematian kanak-kanak akibat kecuaian tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Beri ruang Muhyiddin tentukan corak pentadbiran negara kata Annuar Musa

Putrajaya - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus diberi ruang seluasnya untuk memimpin negara, serta menentukan corak pentadbirannya tanpa ada sebarang tekanan, kata...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kuala Lumpur - Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan tidak stabil menolak dakwaan Seri Paduka memiliki...

Agong zahirkan Ucapan Tahniah Kepada Cikgu Sam

CYBERJAYA: KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan tahniah kepada Samuel Isaiah, guru Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Runchang di Muadzam Shah, Pahang,...

Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

Kuala Lumpur - Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan sehingga menyebabkan keadaan politik negara menjadi semakin...

Pejuang desak Hamzah, ROS beri jawapan berhubung pendaftaran parti

Kuala Lumpur – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk menjelaskan mengapa pendaftaran parti itu belum diluluskan. Setiausaha Agungnya,...

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, isu berkenaan terkandung dalam sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan yang diajukan oleh Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Rubiah ingin mengetahui tindakan konklusif kementerian untuk menangani tragedi seperti kes seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan yang maut, di Kuantan, Pahang, Februari lepas, selepas bapanya secara tidak sengaja meninggalkan mangsa di dalam kereta semasa keluar bekerja.

Sabri Azit (PAS-Jerai) pula dijadual bertanyakan Menteri Komunikasi dan Multimedia mengenai langkah mengatasi masalah liputan internet di kawasan luar bandar, berikutan talian komunikasi itu amat diperlukan ketika negara berhadapan pandemik COVID-19.

Teo Nie Ching (PH-Kulai) pula dijangka mengajukan soalan kepada Menteri Pendidikan mengenai jumlah murid berkeperluan khas, jumlah guru pendidikan khas dan rancangan untuk menambah bilangan guru pendidikan khas.

Sidang Dewan pada hari pertama minggu keempat ini juga akan menyambung perbahasan titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selain itu, tumpuan juga dijangka terarah kepada pembentangan beberapa Rang Undang-Undang bagi bacaan kali kedua.

Ini termasuk Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2019) 2020, Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020, Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 dan Rang Undang-Undang Racun (Pindaan) 2019.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 25 hari sehingga 27 Ogos, berpandukan kebiasaan baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19. – BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan