Adakah Turkmenistan Benar-Benar Bebas Coronavirus?

- Advertisement -

TURKMENISTAN: Kerajaan Turkmenistan terus mendakwa tidak ada kes COVID-19 dicatat di negara itu.

Turkmenistan adalah salah satu dari segelintir negara yang belum melaporkan walau satu pun kes koronavirus semasa wabak ini melanda dunia.

Walaupun negara-negara Asia Tengah lain yang berjiran dengannya seperti Iran, Kazakhstan, Uzbekistan dan Afghanistan semuanya berjuang melawan COVID-19, Turkmenistan setakat ini hanya mengakui wujud kes radang paru-paru.

Sebilangan pengkritik meragui dakwaan ini (bebas koronavirus) oleh kerajaan dan mengatakan penafian berterusan kerajaan hanya akan membahayakan kesihatan rakyat Turkmen.

Pejuang hak asasi manusia di luar Turkmenistan mendakwa pekerja perubatan telah dihalang dari bercakap mengenai wabak tersebut.

Beberapa bulan sebelum ini, negara berkenaan yang telah dikritik berikutan kurang telus berkaitan wabak berkenaan, walaupun mereka telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk pencegahan penyakit tersebut. Disebalik tiada kes yang dicatatkan, kerajaan telah menghentikan sementara perkhidmatan keretapi, menutup pusat membeli-belah dan restoran, mewujudkan hotline maklumat COVID-19, dan meminta orang ramai memakai topeng.

Pada pertengahan bulan Julai, satu pasukan penasihat kesihatan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah dibenarkan mengunjungi Turkmenistan.

Mereka bagaimanapun tidak meminta data kesihatan dari kerajaan, sebaliknya hanya memberikan cadangan bagaimana untuk memastikan langkah-langkah kesihatan di kalangan masyarakat “seolah-olah COVID-19 sedang merebak” di negara berkenaan – Al Jazeera

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat