Dua filem BoBoiBoy ditayang di Turki

Saarani Nafi Ada Komplot Tukar MB Perak

Ipoh - UMNO Perak menafikan dakwaan ia berkomplot dengan parti pembangkang di negeri itu untuk merampas jawatan Menteri Besar yang disandang oleh Timbalan Presiden...

TUDM Percepat Hantar Bantuan Petugas Kesihatan Ke Sabah

KUALA LUMPUR - Situasi 'cemas' di Sabah susulan kes Covid-19 yang terus meningkat menyebabkan ratusan petugas kesihatan dari Semenanjung Malaysia segera diterbangkan ke sana...

Ramai Petugas Kesihatan Dapat Jangkitan Covid Dalam Komuniti – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR - Sebahagian besar petugas kesihatan mendapat jangkitan Covid-19 dalam komuniti dan bukannya ketika bertugas di wad Covid-19 atau Unit Rawatan Rapi (ICU). Ketua...

Isu Covid dan Darurat Perlu Keputusan Bijaksana, Rujuk Pakar – Abdul Hadi

KUALA LUMPUR - Dalam menangani isu pandemik COVID-19 dan soal pelaksanaan perintah darurat, ia perlu dirujuk kepada setiap pihak yang mempunyai kepakaran mengenai isu...

Tiada Apa Disembunyikan Berkaitan Pinjaman RM300 Juta SDB Kepada AirAsia – Shafie Apdal

PETALING JAYA - Bekas ketua menteri Sabah Shafie Apdal berkata tiada apa yang tersembunyi atau disembunyikan berhubung pinjaman RM300 juta Sabah Development Bank (SDB)...

PRODUK animasi popular tempatan BoBoiBoy bakal menjengah pawagam di Turki bermula bulan depan dengan penayangan dua filem pecah panggung iaitu BoBoiBoy: The Movie dan BoBoiBoy Movie 2.

Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios (MONSTA), Nizam Abdul Razak mengakui teruja dengan kerjasama pihak pengedar di negara itu selain melihat peluang jangka masa panjang penayangan siri animasi itu di sana.

“MONSTA bakal bekerjasama dengan pengedar tempatan di sana iaitu CJ Entertainment Turki dan Two Productions untuk penayangan dua filem paling berjaya kami ini. Peluang terbabit sememangnya satu kejayaan besar buat produk animasi tempatan kita.

“Tidak terhenti di situ, MONSTA juga kini dalam perbincangan dengan pihak pengedar di sana untuk menayangkan kesemua 76 episod siri BoBoiBoy serta BoBoiBoy Galaxy di kaca TV Turki.

“Siri berkenaan akan dialih bahasa sepenuhnya ke dalam bahasa Turki bagi memudahkan penonton mereka faham. Kami berharap penonton di sana turut dapat mendalami watak superhero kegemaran mereka dengan lebih rapat lagi,” katanya.

Pencapaian jenama BoBoiBoy di seluruh dunia sememangnya tidak asing lagi apabila berjaya membanggakan Malaysia di pelbagai acara. Sehingga sekarang, animasi itu sudah memiliki pengikut di lebih 70 negara.

Ia merangkumi negara tetangga di Asia Tenggara, India, Timur Tengah, dan Afrika Utara. Justeru, MONSTA berharap dapat meneroka serta mengembangkan lagi jenama terbabit ke negara terdekat Turki dengan jalinan kerjasama terbaru itu.

ANIMASI tempatan BoBoiBoy bakal ditayangkan di Turki.
ANIMASI tempatan BoBoiBoy bakal ditayangkan di Turki.

Harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

Kayuhan ‘kaut’ pengalaman

Kini, aktiviti berbasikal sudah menjadi trend dalam kalangan masyarakat di negara ini. Di mana sahaja terutama pada hujung minggu kita dapat melihat pelbagai lapisan usia...

Pelindung peranti

Kuala Lumpur: Pelindung belakang peranti pintar sememangnya penting kerana ia bukan saja untuk gaya, namun lebih memberi perlindungan kepada peranti jika terjatuh di permukaan...

Beza babak belakang tabir

GAMBAR belakang tabir drama Perempuan Tanpa Dosa menunjukkan babak pelakonnya, Uqasha Senrose sedang melahirkan anak dengan memakai seluar panjang mengundang kritikan netizen selepas ia...