Padanya terhimpun dua ibadat besar

Puteri UMNO Gesa Kerajaan Pertimbangkan Pengeluaran Akaun 1 KWSP

CYBERJAYA: Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, mengesa agar kerajaan mempertimbangkan pengeluaran akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibuat berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi...

Peguam Saman Agong Ada Kaitan Dengan Anwar?

Oleh: Dr Kamarul Zaman Yusuff Banyak pihak yang menyesali tindakan seorang peguam memfailkan Saman Pemula di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini bagi...

376 Sekolah, Institusi Pendidikan Di Johor Bahru Ditutup Hingga 14 November – KPM

KUALA LUMPUr - Sebanyak 376 institusi pendidikan di seluruh Johor Bahru, Johor ditutup bermula 1 hingga 14 November ini susulan peningkatan kes positif Covid-19...

Mahathir Nafi Promosi Keganasan, Dakwa Kenyataan Disalah Tafsir

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa pandangannya mengenai isu di Perancis telah disalahtafsir. Bekas Perdana Menteri itu berkata, perenggan ke-12 dalam kenyataannya semalam...

Kerajaan Nafi Abaikan Sabah Berdepan Covid-19

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia tampil menyanggah dakwaan pihak tertentu yang menuduh kerajaan mengabaikan rakyat Sabah berdepan kes Covid-19. Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan,...
Sahibus Samahah Dr Luqman Abdullah

SEKARANG kita sudah memasuki Zulhijah dan merayakan Aidiladha. Kita bersyukur kepada Allah SWT diberikan taufik dan hidayah serta nikmat kesihatan terutama nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan Islam kerana masih berpeluang berada pada bulan terakhir dalam kalendar Islam pada 1441H. Padanya terdapat dua ibadat yang besar iaitu korban dan haji.

Sepuluh awal pada bulan ini diberikan kemuliaan dan kelebihan yang dirakam di dalam al-Quran pada surah al-Fajr ayat 1 dan 2 bermaksud: “Demi waktu fajar, dan 10 malam (serta) hari dalam Zulhijah.”

Majoriti ahli tafsir mengatakan maksud 10 malam di dalam nas ialah 10 hari terawal Zulhijah. Al Imam al-Bukhari RH meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Abbas RA daripada Nabi SAW bermaksud: “Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini, baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijah. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya? Baginda bersabda: Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya kemudian dia langsung tidak kembali.”

Oleh itu, marilah kita merebut peluang yang diberikan oleh Allah SWT ini dengan melakukan amal ibadat seperti berpuasa pada sembilan hari pada awal Zulhijah terutama pada hari Arafah, berselawat, membaca al-Quran, berzikir, bersedekah, menghubungkan silaturahim, berdoa dan amalan lainnya agar segala amalan diterima seterusnya menjadi bekalan di akhirat kelak.

Kita bersyukur kerana diberikan peluang oleh Allah SWT dalam suasana global yang masih menghadapi ujian Covid-19, kita berpeluang meraikan Aidiladha pada tanggal 10 Zulhijah tahun ini.

Lipatan sejarah ibadat korban yang disyariatkan pada tahun ke-2 Hijrah bermula pada zaman Nabi Ibrahim AS bersama anaknya, Nabi Ismail AS dalam menuruti dan melaksanakan perintah Allah itu memang wajar dijadikan ikutan serta teladan dalam kehidupan seharian umat Islam.

Kepada semua umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan adalah dinasihatkan melaksanakan ibadat korban mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan kerajaan.

Ini sangat penting bagi memastikan rantaian Covid-19 ini dapat diputuskan dan kita semua selamat daripada sebarang perkara yang tidak diingini.

Marilah kita bermunajat dan berdoa agar segala amalan kita terutama ibadat korban diterima Allah SWT.

Menerusi hadis Nabi SAW bermaksud: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari al-Nahr (Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (haiwan korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya, bulunya, kukunya dan sesungguhnya darah berkenaan akan sampai kepada reda Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” Hadis Riwayat Imam al-Tirmizi

Aidiladha juga berkait rapat dengan ibadat haji yang juga rukun Islam kelima.

Allah SWT berfirman: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu untuk sampai kepadanya.” Surah ali-Imran, ayat 97

Dalam bulan ini, umat Islam di seluruh pelosok dunia saban tahun menyahut seruan Ilahi bagi menunaikan ibadat haji di Tanah Suci. Namun, disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia, ibadat haji ditangguhkan dan hanya dibenarkan sejumlah tertentu saja daripada penduduk Arab Saudi untuk melaksanakan ibadat agung itu.

Imam Abdullah al-Haddad RH berkata: “Seseorang Mukmin itu sangat berhajat dan perlu kepada sifat sabar terutama sekali ketika menghadapi bala, bencana, kesusahan dan segala macam penganiayaan. Apabila ditimpa sesuatu musibah dia tidak segera berputus asa, malah seharusnya dia bertenang dan berlapang dada, tidak berasa sempit atau bosan serta tidak pula mengadu ke sana sini. Dia sentiasa tetap menghadapi Allah SWT dengan penuh khusyuk dan khuduk (rendah hati), memohon dan merendahkan diri kepada-Nya, pada masa yang sama bersangka baik terhadap Allah SWT.

” Selepas itu, dia hendaklah meyakini dirinya itu sebagai ujian yang diiringi pelbagai kebaikan yang banyak seperti meningkat darjat, menggandakan pahala serta menebus dosa.” Al Nasaih Al Diniah

Nabi SAW bersabda: “Tidaklah seorang Muslim tertimpa suatu kelelahan atau penyakit atau kebimbangan atau kesedihan atau gangguan sehinggalah duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapuskan kesalahan disebabkannya.” Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim

Penulis Mufti Wilayah Persekutuan

Harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Yang Di-Pertuan Agong Tolak Cadangan Darurat

Kuala Lumpur – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak cadangan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Berita Berkaitan

5 Masalah Yang Biasa Timbul Selepas Beli Komputer Riba

Di pasaran pada ketika ini, terdapat banyak jenama yang menawarkan komputer riba berkualiti di pasaran dengan pelbagai spesifikasi dan reka bentuk. Sebagai pembeli yang mungkin...

Apple iPhone 12 Dan 12 Pro Bakal Ditawarkan Di Malaysia Bermula 13 November

Mulai diumumkan pada atur cara rasmi pada 14 Oktober lalu, orang ramai nampaknya sudah tidak sabar untuk menjadi yang terawal mendapatkan model terbaru daripada...

DJ Lin masuk hospital

KUALA LUMPUR: Selepas hampir dua minggu berdepan keadaan kesihatan tidak menentu akhirnya penyampai radio Suria FM, DJ Lin terpaksa menyerah kalah dan dimasukkan ke...