PAS sokong MN atau PN? – Salahuddin Ayub-

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Salahuddin Ayub mendesak PAS agar memutuskan sama ada mahu menyokong Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN).

Salahuddin berkata demikian sebagai respon terhadap laporan Utusan Malaysia hari ini yang melaporkan Hadi sebagai berkata MN boleh menang dengan majoriti mudah pilihan raya umum ke-15 dengan syarat ianya pertandingan satu lawan satu dengan pembangkang.

“Apa yang PAS mahu? Ia mahu Muafakat atau Perikatan? PAS perlu nyatakan pendirian mereka dengan jelas,” kata Salahuddin di Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, ahli parlimen Pulai itu menjangkakan banyak kerusi akan berlaku pertandingan lebih dari satu lawan satu.

“Itu tanggungjawab mereka tetapi nampaknya akan berlaku pertandingan banyak penjuru di mana-mana,” katanya lagi.

Awal hari ini Utusan Malaysia melaporkan Hadi menjangkakan MN boleh menang dengan majoriti mudah pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dengan syarat ianya pertandingan satu lawan satu dengan pembangkang, lapor Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut mengenai peluang itu, Hadi menjelaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mampu memenangi PRU15 sekiranya menyertai MN.

Hadi berkata selagi ia dipersetujui semua parti dalam MN, pertandingan dua penjuru akan membolehkan majoriti mudah 112 kerusi Parlimen dicapai, malah tidak mustahil juga majoriti dua pertiga 148 kerusi.

MN secara rasminya ditubuhkan September tahun lalu, selepas UMNO dan PAS mengadakan muafakat selepas PRU14.

Baru-baru ini dilaporkan Bersatu berminat untuk menyertai MN selepas usaha untuk menubuhkan Perikatan Nasional (PN) secara rasmi masih tidak menjadi kenyataan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat