Belanda hargai kerjasama Malaysia jejak sisa kapal selam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Belanda menghargai kerjasama baik yang dihulurkan Malaysia selama ini dalam misi negara itu menjejak sisa kapal selam milik Belanda di perairan Malaysia bagi tujuan sejarah.

Rakaman ucapan penghargaan itu dizahirkan Duta Belanda ke Malaysia, Jacques Werner kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurut Khaled beliau berharap hubungan baik antara kedua-dua buah negara, khususnya dalam sektor pertahanan dapat terus ditingkatkan, demi kepentingan bersama.

“Menerima kunjungan hormat Duta Belanda ke Malaysia, Jacques Werner. Kunjungan ini merupakan pertemuan rasmi pertama saya dengan beliau sejak saya menjadi Menteri Pertahanan.

“Pertemuan tersebut turut membincangkan berkenaan kerjasama antara dua buah negara, khususnya dalam industri pertahanan, melalui pemeteraian satu Memorandum Persefahaman.

“Belanda merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas kerjasama baik yang dihulurkan oleh Malaysia selama ini dalam misinya untuk menjejak sisa kapal selam milik Belanda di perairan Malaysia bagi tujuan sejarah,” kata Khaled.

Untuk rekod, dua bangkai kapal Belanda tu adalah dua jenis kapal selam semasa era Perang Dunia Kedua iaitu HNLMS O 16 dan HNLMS K XVII.

Kedua-dua buah kapal tersebut dibina pada awal tahun 1930-an, di mana K XV11 yang pertama, manakala O 16 merupakan penambahbaikan daripada yang sebelumnya yakni lebih besar dan laju.

Difahamkan pihak Belanda pada mulanya menghantar kedua-dua buah kapal ini sebab ia merupakan kebanggaan armada kapal selam mereka yang akan membuat rondaan di sekitar Hindia Belanda pada akhir tahun 1930-an.

Malangnya, kedua-dua kapal selam tu akhirnya tenggelam pada tahun 1941 disebabkan lombong Jepun berhampiran Pulau Tioman, dan kapal-kapal yang karam ni juga merupakan ‘rumah’ terakhir bagi 79 anak kapal yang berada di atas kapal tersebut.

Kehilangan kapal-kapal ini cuma disedari apabila sekumpulan ahli ekspedisi Belanda dan Malaysia cuba untuk menyiasat kemungkinan gangguan dalam kawasan sekitar bangkai kapal.

Tapi malangnya bila mereka sampai, mereka mendapati kedua-dua buah kapal karam yang berusia hampir 80 tahun tu tiada di tempatnya. Apa yang tinggal hanyalah kesan garis kasar di dasar laut, dan beberapa tinggalan daripada salah sebuah bangkai kapal di tempat yang sama. Malah, mayat 79 krew yang mati juga nampaknya hilang bersama kapal tersebut.

Pada Ogos 2019, Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksmana Muda Maritim Datuk Zulkarnain Mohd Omar berkata, tiada laporan mengenai kehilangan dua bangkai kapal bersejarah milik Belanda era Perang Dunia Kedua, HNLMS O 16 dan HNLMS K XVII dari perairan Pahang sebagaimana didakwa sebuah penerbitan luar negara.

Beliau berkata, bagaimanapun pemantauan segera akan dibuat di perairan dekat Tioman itu, yang didakwa sebagai lokasi berlakunya kecurian.

Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan berlakunya cubaan mencuri keluli atau bahan tembaga yang menjadi khazanah negara di lokasi-lokasi kapal karam.

“Pada 2015 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi KD Pahang pernah mematahkan cubaan penceroboh Vietnam yang mencuri khazanah ini kira-kira 55.5 batu nautika dari muara Sungai Pahang.

“Mereka menggunakan teknik licik dengan menyelam tanpa menggunakan alat selaman bagi mengelakkan pihak penguasa mengesyaki sebarang aktiviti mencurigakan untuk mencuri sisa kapal peninggalan perang di situ.

“Mereka ditangkap dan diserahkan kepada pihak Maritim kerana menjalankan kegiatan curi khazanah negara berikutan penemuan barangan logam tembaga dipercayai dari kapal perang British iaitu HMS Repulse dan HMS Princes Of Wales yang karam di perairan itu ketika era zaman Perang Dunia Kedua,” lapor Sinar Harian.

Terdahulu, media luar mendakwa aset warisan perang dunia kedua itu hilang di Laut China Selatan terdiri dari sebuah kapal perang dan sebuah kapal selam yang dipercayai karam dalam Perang Dunia kedua.

Dakwaan itu menyebut, kapal kapal tersebut diletupkan di dasar lautan manakala serpihan keluli dibawa naik sebelum dijual ke pasaran antarabangsa.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat