PBM Sokong Cadangan Tubuh Suruhanjaya Patuh Syariah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Bangsa Malaysia (PBM) menyokong penuh cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menubuhkan Suruhanjaya Patuh Syariah bagi mengawal selia sektor ekonomi halal dalam negara.

Ketua Penerangan PBM, Zakaria Abdul Hamid berkata dengan penubuhan itu, aspek pematuhan syariah yang dikawal selia oleh tiga entiti berbeza akan dapat disatukan.

“Penggabungan ini sudah semestinya akan dapat menyelaraskan usaha bagi memperkembangkan lagi sektor ekonomi halal di Malaysia, yang mana aspek patuh syariah dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

“Secara tidak langsung, penubuhan Suruhanjaya Patuh Syariah ini turut akan meningkatkan lagi keupayaan Malaysia di peringkat antarabangsa, untuk menjadi penyumbang kepada pasaran ekonomi halal global yang dijangka akan meningkat sehingga RM10 trilion pada tahun 2024,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Zakaria berkata, usaha murni ini akan membolehkan Malaysia menjadi pusat rujukan dunia dalam melaksanakan tatacara pengendalian piawai pensijilan halal.

“Ia bukan sahaja tertakluk kepada sektor penghasilan makanan, tetapi juga termasuk pengurusan kewangan dan juga pengoperasian sesuatu industri,” katanya.

Selain itu, beliau berkata Pelan Induk Ekonomi Halal yang bakal dibangunkan oleh Malaysia adalah satu elemen penting bagi merancang dan merencana usaha berterusan Kerajaan Malaysia untuk memperkasakan ekonomi halal di Malaysia.

“Dengan adanya pelan ini, ia akan membolehkan pihak kerajaan, industri dan orang awam melihat perkembangan yang sedang berlaku di dalam sektor ekonomi halal secara lebih teliti dan tepat.

“Semoga dengan wujudnya inisiatif baharu dalam usaha untuk memperkasakan ekonomi halal Malaysia ini akan dapat meningkatkan keyakinan masyarakat muslim Malaysia dan antarabangsa terhadap produk-produk dan perkhidmatan patuh syariah yang datangnya dari negara kita,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat