Skrin paparan cegah ‘screen tearing’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Jenama perkakas kelas permainan terkemuka, MSI memperkenalkan skrin paparan untuk prestasi menyamai standard sukan elektronik (eSport) menerusi siri Optix MAG274QRD-QD.

Menerusi siri skrin paparan berkenaan, ia menawarkan kadar tindak balas di dalam permainan pada tahap 1ms GTG termasuk penambahbaikan dalam aspek kecerahan serta tona warna.

Paparan ini menggunakan panel Rapid IPS bersama-sama sokongan teknologi Quantum Dot untuk memberi pengalaman yang lebih baik kepada pengguna.

Kadar segar semula bagi skrin paparan ini adalah 165Hz sekali gus sangat sesuai untuk genre permainan aksi pantas terutamanya konsep penembak pandang pertama (FPS).

Ia juga menyokong Nvidia G-SYNC untuk mengelakkan daripada ‘koyakan skrin’ ketika bermain sebarang genre permainan.

Skrin Optix MAG ini menawarkan resolusi 1440p dengan pergerakan skrin boleh laras mengikut kesesuaian pengguna.

Pengguna juga boleh melakukan pelarasan ubahsuai tetapan menerusi perisian MSI Gaming OSD 2.0 untuk tetakan kecerahan, warna, nisbah saiz skrin dan penentu kadar segar semula.

Sesuai dengan keperluan semasa. Optix MAG ini turut dilengkapi dengan mod HDR tersedia bersama-sama kefungsian penglihatan malam atau ‘night vision’ berdasarkan kepada situasi pemain serta visual.

Skrin ini juga menawarkan beberapa sokongan sambungan yang diletakkan di bahagian bawah termasuk port USB Type-C.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat