18 hari dapat RM4 juta

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang terus menambat hati penonton apabila meraih kutipan RM4 juta dalam tempoh 18 hari tayangan di saluran Astro First.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, jalan cerita yang menarik arahan pengarah tersohor Mamat Khalid dan bakat lakonan setiap pelakon nyata menarik minat penonton untuk menghargai karya tempatan.

“Alhamdullilah, filem 18 Puasa Di Kampong Pisang masih mendapat tempat di hati penonton meskipun filem terbabit sudah ditayangkan melebihi dua minggu.

“Menariknya, filem ini berjaya menonjolkan bakat anak seni tanah air untuk dihargai. Di media sosial juga menyaksikan penonton turut memuji dengan bakat yang dipertaruhkan di dalam filem ini.

“Saya harap kejayaan 18 Puasa Di Kampong Pisang mampu menjadi rujukan dalam industri seni agar terus mengutamakan serta mengetengahkan lagi bakat hebat tanah air,” katanya.

18 Puasa Di Kampung Pisang adalah gabungan daripada dua karya Mamat iaitu Kampung Pisang Bersiri-Siri dan 16 & 17 Puasa.

Filem berkenaan mengisahkan mengenai sekumpulan penduduk Kampung Pisang masih melakukan kemungkaran di bulan Ramadan.

Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari di kebunnya, tiba-tiba berlaku satu insiden.

Dia didatangi si iblis dan membawa Barkoba kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya.

Filem ini dibintangi oleh Bell Ngasri, Namron, Jaafar Onn, Siti Elizad, Kazar Saisi, Mat London, Joey Daud dan ramai lagi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat