Kongres PKR : Perwakilan boleh bincang isu audio kontroversi Anwar – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pimpinan PKR memberi kebebasan penuh kepada perwakilan membahaskan dakwaan kerjasama parti itu dengan Umno, termasuk rakaman perbualan kontroversi, dikatakan antara presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pada kongres Jun ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata semua perwakilan diberi ruang “seluas langit dan bumi” untuk berbahas, ketika ditanya sama ada mesyuarat agung tahunan kali ini akan membincangkan dakwaan Anwar berbual dengan Zahid selepas Perhimpunan Agung Umno 2020 dan usaha mewujudkan jajaran politik baharu dengan Umno.

“Perwakilan nak bahas apa dia bahaslah. Lagipun ini kongres nasional tahunan, mereka patut diberi ruang seluasnya untuk diberi pandangan, teguran, setuju (atau) tak setuju. Mereka boleh sebut apa sahaja termasuk (itu),” katanya pada sidang media.

Kongres PKR akan bersidang selama dua hari pada 5 dan 6 Jun. Ia akan dijalankan secara maya dan fizikal, mengambil kira pandemik Covid-19.

Satu rakaman audio didakwa mirip suara Anwar dan Zahid didedahkan di media sosial, selepas selesai Perhimpunan Agung Umno 2020 pada awal bulan lepas, di mana parti itu mengesahkan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu, Anwar, dan DAP.

Anwar dan Zahid nafi perbualan berkenaan, yang dikatakan berlaku selepas perhimpunan itu.

Sementara itu, Saifuddin yakin kongres kali ini akan bebas daripada kejadian baling kerusi atau keganasan lain sebagaimana yang berlaku sebelum ini.

“Daripada laporan mesyuarat cabang, kami dapati dalam kalangan anggota parti sangat fokus kepada PRU, isu kekuatan parti, dan isu rakyat. Ia memberikan gambaran awal tidak akan berlaku seperti yang telah terjadi sebelum ini,” katanya. –SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat