RAUB: Seramai 135 orang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sega menerima bantuan kewangan dan baju raya melalui program Infaq Ramadan dan Projek Baju Raya Sega 2021 oleh Kelab Anak Raub.
Menurut Pengerusi Kelab Anak Raub, Fadzli Mohamad Kamal program ini yang diadakan setiap tahun memberi manfaat kepada 135 orang pelajar yang daif dan anak-anak yatim di SK Sega.
“Sumbangan daripada Kelab Anak Raub kepada Sekolah Kebangsaan Sega untuk Program Infaq Ramadan dan Projek Baju Raya SK Sega 2021.
“Program yang diadakan setiap tahun ini akan memberi manfaat kepada lebih 135 pelajar yang daif dan anak-anak yatim di SK Sega. Mereka akan menerima bantuan kewangan dan baju raya melalui program ini,” katanya kepada SuaraTV.
Memetik Hadith Riwayat Muslim “Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti Allah akan tambahkan kewibawaan baginya”, jelas Fadzli.
Ujarnya lagi, moga pelajar yang terlibat di bawah program ini beroleh manfaat terutama menjelang hari lebaran tidak lama lagi.
Dalam pada itu, beliau menyeru pihak-pihak yang berkemampuan untuk sama-sama tampil menghulurkan sumbangan. Kita bantu setakat yang termampu. InsyaAllah, katanya.