PN perlu buktikan gabungan itu “Government in Waiting” yang didambakan rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) perlu membuktikan kepada rakyat bahawa gabungan politik ini adalah
“Government in Waiting” dengan idea-idea pentadbiran yang meyakinkan.

Ketua Penerangan Armada Bersatu Harris Idaham Rashid mengingatkan rakyat sudah bosan dengan rebutan kuasa di peringkat jawatan dalam kerajaan mahupun jawatan dalam parti politik.

Sebaliknya tegas beliau, rakyat Malaysia mendambakan idea-idea dasar yang mampu menyelesaikan masalah mereka.

“Armada ingin menegaskan bahawa PN harus menumpukukan soal kos sara hidup rakyat, pendemokrasian pendidikan, strategi dagang yang baharu untuk mengelak daripada impak kenaikan tarif Amerika Syarikat.

“Namun begitu, Armada bersetuju bahawa strategi progresif dan dinamik perlu diperkemaskan untuk memastikan PN dapat
melebarkan pengaruh dikalangan semua lapisan rakyat Malaysia tidak mengira kaum atau bangsa.

“PN perlu membuktikan kepada rakyat bahawa koalasi politik ini adalah “Government in Waiting” dengan idea-idea pentadbiran yang meyakinkan,” seru Harris Idaham dalam kenyataan sebagai respon kepada Ketua Penerangan Pemuda Pas berkenaan perubahan pentadbiran PN.

Mengulas lanjut beliau berkata, Armada Bersatu berpendapat bahawa topik berkenenaan perubahan pentadbiran PN harus dibincangkan mengikut platform dalaman dan bukan di khalayak ramai.

“Pucuk pimpinan PN telah mengambil maklum kenyataan Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan sedang membuat pertimbangan sewajarnya,” katanya lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat