49 Hari Berkurung, Penduduk Sepanyol Dibenar Keluar Rumah

- Advertisement -

MADRID – Penduduk Sepanyol mula keluar rumah pada awal hari Sabtu untuk berjogging dan menunggang basikal selepas dibenarkan keluar untuk bersenam untuk kali pertama selepas tujuh minggu berada dalam rumah.

Di Barcelona, pelari dan penunggang basikal memenuhi kawasan pantai.

Para peluncur pula berseronok bermain ombak.

Manakala di Madrid, penunggang basikal dan pemain papan luncur melintas sepanjang jalan besar di kota itu.

Sepanyol merupakan antara negara yang teruk terjejas akibat penularan wabak Covid-19 telah mengenakan sekatan perjalanan sejak bulan Mac, menyekat pergerakan para penduduknya kecuali urusan penting.

Aktiviti sukan dan rekreasi juga tidak dibenarkan sepanjang tempoh tersebut dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian wabak, selain meringankan beban kakitangan penjagaan kesihatan.

Seorang perunding hubungan Kerajaan Britain, Charlotte Fraser-Prynne, 41, berkata, beliau adalah antara yang awal keluar untuk bersenam di Retiro Park.

Walaupun taman itu masih ditutup, ratusan orang berlari di sekitarnya.

Ketika angka kes jangkitan menurun kerajaan telah mengalihkan fokusnya untuk membuka semula ekonomi.

Hujung minggu lalu, kanak-kanak di bawah umur 14 tahun dibenarkan keluar selama satu jam sehari tetapi perlu diawasi.

Selasa lalu, Perdana Menteri Pedro Sanchez mengumumkan rancangan empat fasa untuk mengembalikan negara yang disebut sebagai “normal baharu” pada akhir bulan Jun.

Untuk mengelakkan kesesakan ketika orang keluar, kerajaan telah menerapkan sistem pergerakan dengan memperuntukkan slot waktu yang berlainan untuk kumpulan usia yang berbeza.

Perniagaan yang beroperasi secara temu janji untuk pendandan rambut, yang akan dibenarkan dibuka mulai hari Isnin.

Bar dan restoran akan ditutup sekurang-kurangnya seminggu lagi.

Sepanyol merekodkan 24,824 kematian daripada 215,000 kes jangkitan Covid-19.

Sekatan yang dilaksanakan di Sepanyol dijangka menyebabkan pertumbuhan ekonominya susut sebanyak 9.2% pada tahun ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat