‘Saya Takkan Minta Maaf, Saya Juga Mangsa Scam’ – AZHAR NASA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sejak awal pagi hari ini, tular di media-media sosial beberapa pemimpin negara termasuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mengucapkan tahniah kepada seorang pengguna laman Twitter, theotherazharal yang mendakwa mendapat penajaan biasiswa daripada Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Negara (NASA).

Walau bagaimanapun, beberapa pengguna lain tampil mendedahkan bahawa tawaran tersebut sebenarnya tidak wujud malah lelaki bersuia 20an itu turut didakwa menghina pelajar-pelajar Malaysia lain yang mengambil jurusan dalam beberapa bidang termasuk biologi angkasa.

Setelah didapati tawaran berkenaan tidak wujud, beliau menerusi di laman Twitternya, tampil membuat penjelasan yang berlaku kepada dirinya.

Dalam status itu, dia menyatakan bahawa dirinya telah di tipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, walau bagaimanapun, pihak yang dimaksudkan tidak dapat dipastikan.

Berhubung dengan isu keaslian biasiswa daripada NASA, katanya, dia menjadi salah seorang peserta pertandingan yang dikategorikan di bawah pimpinan NASA.

Setelah dua minggu, dia menerima email yang mengatakan bahawa dia terpilih sebagai 1% skor terbaik dan menceritakan berita gembira itu kepada rakannya di media sosial.

“Dua perkara yang berlaku, ramai yang mengucapkan tahniah kepada saya dan ada beberapa pihak yang memeriksa kesahihan sijil tersebut. Terima kasih semua. Email yang diperoleh hanya berbentuk lampiran dan pautan.

“Pautan tersebut diberikan ke sebuah portal di mana saya dapat memilih foto untuk pengenalan diri. Jadi, dari situ ia menunjukkan jelas bahawa saya merupakan mangsa penipuan..

“Dalam masa yang sama, saya juga mendapat satu email yang tidak jelas daripada NASA. Satu lagi petunjuk penipuan. Saya juga telah menulis surat kepada NASA di laman web rasminya baru-baru ini dan mengemukakan perkara ini untuk mendapat hak saya.

“Kesempatan ini juga, saya juga ingin memohon kepada orang ramai agar berhenti membuat kenyataan palsu bagi pihak saya.

“Saya masih seorang pelajar dan ingin mencapai kerjaya saya. Saya mendapat tawaran daripada sebuah institusi daripada luar negara dan permintaan saya untuk orang Malaysia agar tidak menjejaskan masa depan dengan ketidakpastian ini.

“Apa yang kita patut semua patut belajar dengan kesilapan ini adalah sentiasa memeriksa keasliannya sebelum mengemukakan sebarang berita kepada umum. Saya tidak akan meminta maaf sebab menjadi mangsa penipuan.

“Saya berasa sangat sedih kerana orng seperti saya ini dibawa ke kancah penipuan seperti ini. Ia berpontensi untuk kehilangan wang dan harga diri mereka. Untuk semua, jangan takut dan perlu diam diri.

“Ia boleh menyebabkan seseorang itu kemurungan dan kemungkinan untuk membunuh diri kerana kita dapat lihat mangsa seprti ini sudah banyak dalam kalangan remaja. Saya ingin mengucapakn terima kasih kepada keluarga saya yang memberi semangat dan membimbing saya.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang sangat menyokong ketika saya berada dalam kesusahan dan orang-orang yang mengucap tahniah kepada saya. Saya juga ingin berterima kasih kepada individu yang menunjukkan kekurangan dan rasa sedar terhadap diri saya.

“Saya seorang Astrophile, saya suka alam semesta dan semua yang terlibat dengannya. Terima kasih kepada rakan-rakan kerana menyokong saya. Semoga yang terbaik ada untuk anda,” katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat