Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan (3 Mei 2020)

- Advertisement -

1. PDRM bersama ATM telah mengadakan sebanyak 823 Sekatan Jalan Raya & pemeriksaan ke atas 552,999 kenderaan

2. Sebanyak 36,345 pemeriksaan mengejut telah diadakan dan 5,833 premis telah diperiksa

3. 414 individu telah ditahan ingkar PKP, 407 direman dan 7 individu dijamin polis

4. Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 2 Mei 2020 adalah sebanyak 23,680 individu

5. Kerajaan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Koperal Safwan Mohammad Ismail yang terkorban awal pagi ini selepas dirempuh sebuah kenderaan ketika bertugas menjaga kawalan Sekatan Jalan Raya di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya LEKAS

6. PDRM & negara telah kehilangan seorang anggota yg telah berkorban utk negara ketika bertugas melaksanakan tanggungjawab PKP dlm bulan Ramadan

7. Berita Palsu
– #FakeNews: Sehingga 2 Mei 2020, PDRM & SKMM telah membuka sebanyak 255 kertas siasatan berkaitan COVID-19

– #FakeNews: 175 masih dlm siasatan, 26 kes telah didakwa di mahkamah, 11 diberikan notis amaran & 15 telah mengaku bersalah

– Kerajaan mengingatkan orang ramai supaya tidak sebar sebarang kandungan yg diragui kesahihannya & semak melalui portal https://t.co/Icbemm9UmF

8. Operasi Sanitasi Awam COVID-19

– Sejak 30 Mac 2020, KPKT telah melakukan 5,142 operasi sanitasi termasuk di 62 Zon Kuning dan Merah

– Sebanyak 8,836 premis Kerajaan, premis perniagaan dan kawasan awam telah disanitasi

– Semalam, sebanyak 73 operasi sanitasi meliputi 24 Zon Merah & Kuning di 9 negeri, termasuk 31 di Johor & 10 di Sabah

– Sehingga kini, operasi sanitasi merangkumi 2847 bangunan Kerajaan, 1996 tempat awam, 2160 pusat perniagaan, 1524 kwsn perumahan termasuk PPR & 309 pasar raya

9. Pengurusan Pusat Kuarantin

– Setakat 3 Mei 2020, sebanyak 241 Pusat Kuarantin telah beroperasi dan 18,616 individu sedang menjalani kuarantin wajib

– 720 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air semalam & dikuarantin wajib

– Seramai 27,538 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantin wajib sejak 3 April 2020

– Sejak 17 April, 14,523 individu telah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib dan dibenarkan pulang

10. KPDNHEP telah membuat pemantauan harian 25 jenis bekalan di 1,013 pemeriksaan premis perniagaan termasuk peruncit (794), pemborong (189) dan pengilang (30)

11. Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan dijamin mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara

12. Pengangkutan

– Mulai esok, semua perkhidmatan pengangkutan awam akan kembali beroperasi bagi memudahkan perjalanan orang ramai ke tempat kerja

– Pengguna dan pengendali perkhidmatan pengangkutan awam diingatkan supaya sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan termasuk memastikan penjarakan sosial & kebersihan diri dipatuhi

– #PKPB : Bagi pengangkutan awam, jumlah penumpang dihadkan separuh dari keseluruhan kapasiti sebenar

– #PKPB : 4 penumpang dari keluarga yang sama dihadkan bagi kenderaan persendirian

13. Aplikasi MyTrace

– Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah membangunkan aplikasi MyTrace, yang membolehkan Kerajaan mengesan individu yang berada berdekatan dengan mereka yang telah dijangkiti virus COVID-19

– MyTrace adalah pelengkap kepada aplikasi MySejahtera yg dilancarkan sebelum ini & menggunakan teknologi Bluetooth untuk pengesanan kontak kpd individu positif COVID-19

– Berdasarkan kekuatan gelombang Bluetooth yang dikesan, jarak dan tempoh pertemuan pengguna-pengguna boleh dikenalpasti. Data yang dikumpul akan disimpan selama 21 hari di dalam telefon bimbit pengguna.

– Aplikasi MyTrace hanya mengumpul maklumat pengguna yang telah dirahsiakan & tidak mengumpul sebarang maklumat geo-lokasi

– Kerajaan berharap supaya rakyat memuat turun & menggunakan MyTrace utk memastikan keberkesanannya dgn sasaran penggunaan sekitar 60% pengguna telefon pintar di seluruh negara

– Aplikasi MyTrace boleh dimuat turun melalui Google Play Store bagi peranti jenis Android & bagi versi iOS, ianya boleh didapati tidak lama lagi

– Aplikasi ini dpt membantu KKM untuk kesan sekiranya ada kluster COVID-19 yg baharu & memutuskan jangkitannya secepat mungkin

14. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

– Sebahagian besar sektor perniagaan & industri telah diberi kebenaran untuk memulakan operasi. Bagaimanapun, keputusan untuk beroperasi atau sebaliknya adalah terpulang kepada mereka yang terlibat

– Bagi yg telah membuat keputusan untuk beroperasi, hendaklah mematuhi setiap SOP yg telah ditetapkan oleh Kerajaan

– Kerajaan ambil maklum mengenai kebimbangan orang ramai terhadap pembukaan semula sektor perniagaan & industri apabila berlakunya pergerakan secara besar-besaran

– Pakar-pakar perubatan menjangkakan vaksin COVID-19 dapat disiapkan seawal tahun depan. Selagi vaksin belum dapat dihasilkan secara skala besar, wabak ini akan terus mengancam kita

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat