Umno arah Akmal berhenti isu stoking, boikot KK Mart – Bung Moktar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sudah mengarahkan Ketua Pemudanya, Dr Akmal Saleh, untuk menghentikan isu stoking kalimah Allah yang dikaitkan dengan kedai serbaneka, KK Mart.

Ahli MKT, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, tidak timbul soal bersetuju atau tidak dengan tindakan Akmal menekan KK Mart dalam isu itu, memandangkan keputusan sudah dibuat oleh Umno yang mahu perkara itu dihentikan.

Katanya, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sendiri yang meminta agar perkara itu dihentikan dan tidak lagi dijadikan isu.

“Presiden Umno sudah minta Akmal (menghentikannya) dan menjelaskan bahawa KK Mart tidak membuat perancangan mengenai perkara itu, kita terima hakikat perkara itu perlu dihentikan.

“Yang di-Pertuan Agong juga menitahkan supaya menghentikan isu itu dan bagi saya itu sudah memadai,” lapor BH di Kota Kinabalu.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu ditanya pendiriannya mengenai tindakan Dr Akmal dalam isu stoking mengandungi kalimah Allah yang ditemui dijual di pasar raya mini KK Mart.

Dalam hal berkaitan, Bung Moktar yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Sabah menyatakan kekesalannya terhadap tuduhan seorang pemimpin veteran di negeri ini yang mengaitkan isu KK Mart dengan Umno Sabah.

Katanya, gesaan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Datuk James Ligunjang, yang meminta rakyat Sabah menolak Umno disebabkan isu KK Mart itu adalah tidak berasas sama sekali.

“Umno Sabah tidak terbabit, tapi hari ini (semalam) saya nampak kenyataan Datuk James Ligunjang mengaitkan pula UMNO Sabah dengan KK Mart dan minta rakyat Sabah menolak Umno kerana kononnya kita ekstremis.

“Selepas 25 tahun tidak muncul di khalayak umum, sekarang tiba-tiba dia kaitkan UMNO Sabah dengan ekstremis. Kita bukan ekstremis, saya setiap hari jumpa rakan bukan Islam, makan bersama, kerja sama-sama dan apabila turun padang kita jumpa ramai rakyat bukan Islam.

“Kita juga ada pemimpin dan ahli yang bukan Islam dalam Umno Sabah, jadi lepas ini ahli kita yang bukan Islam ini bolehlah minta James mendiamkan diri. Jangan kait Umno Sabah dengan KK Mart dan jangan kait apa yang berlaku di Semenanjung dengan Sabah,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat