Jaafar Onn meninggal dunia di Hospital Serdang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dunia hiburan hari ini dikejutkan dengan berita pemergian artis versatil Jaafar Onn pada pagi Rabu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang (Hospital Serdang) pada usia 73 tahun.

Berita pemergian aktor itu disahkan penyanyi yang juga rakan baik Jaafar iaitu Haiza Hanafi yang mendapat perkhabaran itu daripada anak angkat Allahyarham iaitu Hanif, lapor portal MStar.

“Betul, Jaafar Onn sudah meninggal dunia.

“Saya dapat tahu daripada anak angkat arwah yang menjaganya di Hospital Serdang.

“Saya dimaklumkan mengenai perkara itu sekitar pukul 11 pagi tadi, sekarang dalam perjalanan ke sana,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan kesihatan pelakon dan pengacara, Jaafar Onn merosot selepas mengalami masalah injap jantung dan kini terpaksa menggunakan kerusi roda akibat komplikasi pada bahagian kaki.

Jaafar berkata, dia perlu menjalani beberapa prosedur rawatan di hospital bagi mengetahui keadaan kesihatannya.

“Doktor beritahu saya mengalami masalah injap jantung. Saya pun tidak berapa jelas mengenai penyakit ini kerana doktor belum dapat mengenal pasti sepenuhnya lagi.

“Masalah itu menyebabkan semakin membengkak hingga menyukarkan pergerakan. Jadi, saya perlu menggunakan kerusi roda.

“Saya sebenarnya masih boleh berjalan tapi perlu dipapah sebab takut terjatuh. Risau juga kalau terjatuh, takut makin melarat,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat