Polis Kenya Tembak Remaja Ketika Perintah Berkurung

- Advertisement -

NAIROBI – 20 minit selepas kerajaan Kenya menguatkuasakan perintah berkurung, polis menembak mati seorang remaja berusia 13 tahun kerana bermain di balkoni rumahnya.

Yasin Moyo ditembak di bahagian perut di dalam rumah keluarganya di Kiamaiko, Nairobi, pada hari Isnin jam 7.20 malam.

Pengarah Pendakwaan Kenya mengarahkan siasatan terhadap kematian remana tersebut yang juga dipercayai terkena peluru sesat.

Sehingga kini, Kenya mencatatkan 50 kes Covid-19 dan satu kematian akibat wabak tersebut.

Pada masa sama, rakyat juga dilarang sama sekali untuk keluar dari kediaman masing-masing bermula jam 7 malam sehingga 6 pagi.

Turut tular di media sosial, pihak polis Kenya menggunakan rotan dan anjing untuk melaksanakan hukuman sepanjang perintah berkurung. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat