Menteri kesihatan Israel Dikuarantin Akibat Covid-19

- Advertisement -

ISRAEL – Menteri Kesihatan Israel Ya’acov Litzman dan isterinya didiagnosis dengan Covid-19 dan akan dikuarantin, lapor agensi berita Sputnik memetik media tempatan.

Selaras dengan cadangan pihak perubatan, menteri itu akan terus menjalankan tugasnya dari rumah.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kes Covid-19 di Israel sebanyak 6,092, dengan 26 kematian.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac mengisytiharkan wabak itu sebagai pandemik. Mengikut data terkini WHO, lebih 823,000 kes jangkitan didaftarkan di seluruh dunia, dengan lebih 40,000 kematian.

Menurut data Johns Hopkins University pula di seluruh dunia lebih 932,000 orang dijangkiti dengan lebih 46,000 kematian.

BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,585FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat