Masjid Utama Di Johor Dijadikan PPS

- Advertisement -

YONG PENG – Masjid-masjid utama di kawasan yang terjejas akibat banjir di negeri ini kini turut dijadikan sebagai pusat penempatan sementara (PPS) selepas ada mangsa mendakwa terpaksa tidur dalam kenderaan berikutan berlaku kesesakan di PPS, malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd. Fared Mohd Khalid berkata, pembukaan masjid utama itu sebagai PPS dibuat dengan garis panduan bagi mengekalkan kemuliaan rumah ibadat berkenaan.

Katanya, ia adalah pelan kontinjensi yang diambil bagi menampung pertambahan tinggi penduduk terkesan akibat banjir.

“Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) membantu kerajaan negeri apabila kita melihat keperluan penambahan PPS kerana terdapat beberapa kawasan yang mana PPS sedia ada tidak mampu menampung jumlah mangsa yang meningkat.

“Saya kena mengaku ada sebahagian penduduk yang terpaksa bermalam dalam kereta malam tadi. Bukan salah siapa, tapi air naik dengamn cepat, sedangkan mereka perlu berpindah segera dan kebetulan PPS tidak dapat menampung.

“Untuk itu, MAINJ akan membantu kerajaan negeri untuk membuka masjid utama di kawasan yang terjejas dengan banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam lawatan bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yong Peng 1, di sini, hari ini.

Katanya, setakat ini tujuh masjid utama sudah dibuka iaitu empat masjid di Parit Sulong dan tiga masjid Parit Yaani dekat Batu Pahat.

Antaranya, Masjid Pekan Sri Medan, Masjid Parit Jayus, Masjid Parit Baru dan Masjid Simpang Tiga di Parit Sulong.

“Manakala di Parit Yaani membabitkan Masjid Kampung Parit Betong, Masjid Kampung Parit Jambi dan Masjid Parit Endin 3.

“Masjid juga dibenarkan untuk membantu urusan penyediaan makanan bagi diedar dan diagihkan ke PPS berdekatan,” katanya. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat