TUDM Nasihatkan Orang Ramai Jangan Risau Jika Pesawat TUDM Terbang Rendah, Ianya Cuma Latihan Operasi

- Advertisement -

CYBERJAYA: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memaklumkan kepada orang ramai agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM terbang rendah kerana mereka akan melaksanakan penerbangan rendah secara taktikal di Kawasan-kawasan tertentu.

Melalui kenyataan media TUDM, penerbangan rendah secara taktikal tersebut di sekitar negeri Selangor serta Pengkalan Udara Gong Badak, Kedah, Pengakalan Udara Butterworth dan Pengkalan Udara Kuantan.

Kata kenyataan itu, TUDM sedang melaksanakan latihan operasi dan kesiagaan bagi asset-aset udara yang bermula 3 hingga 7 Mac 2020.

“Latihan operasi dan kesiagaan ini bertujuan untuk menilai kecekapan anak kapal TUDM, anggota-anggota Pasukan Khas TUDM (PASKAU) dan pasukan sokongan logistic dalam melaksanakan tanggungjawab melindungi kedaulatan negara.

“Disamping itu, latihan ini bertujuan untuk menguji keupayaan peralatan persenjataan serta kesiagaan asset-aset TUDM bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan tugas operasi bersama yang melibatkan pesawat-pesawat dari pelbagai kategori sepeti pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter.” Kata kenyataan tersebut. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat