Kerajaan akan bantu peniaga informal, PKMS yang terjejas banjir – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membantu peniaga tidak formal serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas dengan banjir di Kelantan dan Terengganu, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana menteri menerusi catatan di Facebook hari ini berkata selain itu, golongan petani dan penternak juga turut tidak terlepas daripada perhatian kerajaan.

“Keluarga Malaysia turut bersedih dan simpati dengan mangsa banjir. Justeru bantuan-bantuan untuk mereka akan diteruskan,” katanya.

Semalam, meskipun sibuk dengan pelbagai tugasan Ismail Sabri sempat meluangkan masa meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) dan keadaan semasa banjir di Terengganu dan Kelantan serta menyerahkan sumbangan kepada mangsa yang terlibat.

Perdana Menteri turut menzahirkan kesyukuran dengan perkembangan banjir semasa di Terengganu yang kini beransur pulih.

“Alhamdulillah keadaan banjir di Terengganu beransur pulih. Di Kelantan keadaan banjir masih belum reda. Terdapat 22 pusat pemindahan sementara yang masih beroperasi,” katanya.

Setakat pukul 8 pagi tadi, jumlah mangsa banjir di Kelantan menyaksikan sedikit peningkatan manakala situasi di Terengganu bertambah baik dengan bilangan penduduk yang dipindahkan ke PPS semakin berkurangan.

Sementara itu, menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, setakat 11 pagi ini, seramai 16,821 mangsa daripada 4,892 keluarga di kedua-dua negeri masih ditempatkan di 61 PPS yang beroperasi.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat