Yakin anak muda tolak politik jadong, PN optimis menang besar PRU-16 – Wan Ahmad Fayhsal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) optimis bakal menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) dan menganggap tewas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu sebagai ‘lopsided and unfair’.

Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, beliau yakin pengundi muda menolak pembohongan dan politik jadong (jahat, bodong dan sombong) PH-Umno-DAP.

Beliau berkata demikian mengulas Institut Darul Ehsan (IDE) yang merumuskan bahawa kejayaan Pakatan Harapan (PH) mempertahankan Kuala Kubu Bharu disebabkan sokongan pengundi kategori 41 tahun ke atas terhadap Kerajaan Madani namun menyimpulkan pengundi muda bawah 40 tahu masih memilih PN.

“Kenapa? Antara sebabnya mereka tolak pembohongan dan politik jadong (jahat, bodong dan sombong) PH-UMNO-DAP.

“Twitter is an echo chamber lagi-lagi fake accounts Madani.

“Walaupun PN dibuli, digam oleh (Menteri Komunikasi) Fahmi Fadzil dengan macam-macam aparatus di Tiktok, PN tetap diterima anak muda,” kata Ahli Parlimen Machang itu.

Menurut Wan Ahmad Fayhsal lagi, ini belum full-force turun mengundi yang nyata majoriti lebih cenderung kepada PN.

“Satu petanda baik untuk ke PRU16.

“Losing few (lopsided, unfair) battles to win the Greater War, Insya-Allah,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat