UMNO Sambut Baik Keputusan SPR Lanjut Waktu Kempen PRN Johor – Mahdzir

- Advertisement -

CYBERJAYA – UMNO menyambut baik keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memberi kelonggaran dan melanjutkan waktu ceramah untuk kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sehingga pukul 12 tengah malam.

Memetik laporan Utusan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tambahan tempoh itu akan membolehkan kempen-kempen ditingkatkan bagi memberikan penerangan kepada para pengundi.

“Sebenarnya waktu sehingga pukul 12 tengah malam yang dibenarkan berceramah sama seperti kempen pilihan raya sebelum ini namun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan Covid-19.

“Diharap penganjur mengambil langkah-langkah perlu supaya ceramah yang diadakan tidak melanggar SOP yang ditetapkan,” katanya, selepas merasmikan Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) di Stadium Mini Pontian.

Semalam, SPR memaklumkan keputusan itu dibuat berdasarkan cadangan pindaan dan pandangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar, kelonggaran menganjurkan ceramah di luar bilik gerakan parti memberikan peluang kepada kempen dengan penyertaan mengikut kapasiti dibenarkan.

“Diharap semua pengerusi bilik gerakan atau Pusat Daerah Mengundi (PDM) dapat mengambil peluang yang diberikan SPR dengan sebaiknya berbaki sembilan hari tempoh berkempen,” ujarnya, dipetik dari laporan itu.

Dalam pada itu, Mahdzir melahirkan keyakinan gerak kerja kempen yang diketuai Pengarah Pilihan Raya BN Johor, Datuk Seri Mohamad Hassan dengan dibantu Ketua Penyelaras BN Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad, berupaya menghasilkan kemenangan besar kepada BN.

Beliau berkata, walaupun pihak pembangkang sentiasa memainkan pelbagai isu yang membangkitkan kebencian pengundi kepada BN, namun pihaknya percaya rakyat dapat membuat penilaian yang betul.

“Banyak telah dijelaskan mengapa PRN Johor perlu diadakan bukan kerana UMNO tamak dan rakus kuasa, namun untuk masa depan dan kestabilan politik Johor yang diperlukan bagi rakyatnya sendiri,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat