Mahkamah Arah Pemimpin Amanah Bayar Ganti Rugi RM450,000

KUALA TERENGGANU – Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa bersetuju menetapkan taksiran ganti rugi berjumlah RM450,000 untuk kedua-dua kes saman fitnah Pengerusi Amanah Marang, Miqdad Zakaria terhadap penceramah bebas, Ahmad Dusuki Abdul Rani.

Miqdad Zakaria selaku defendan diarah membayar jumlah penuh sebanyak RM450,000 untuk kedua-dua kes saman fitnah kepada Ahmad Dusuki Abdul Rani selaku plaintif.

Penolong Kanan Pendaftar Norina Maludin membuat keputusan itu setelah menilai keterangan oleh plaintif dan hujahan peguamnya sebelum bersetuju dan memberikan taksiran ganti rugi sebanyak RM200,000 bagi ganti rugi am beserta kos untuk kes pertama.

Kes kedua pula sebanyak RM200,000 bagi ganti rugi am dan RM50,000 untuk ganti rugi teladan beserta kos.

Ahmad Dusuki diwakili firma Tetuan Srihana Mohamad & Partners melalui peguamnya, Mohd Jamil Yaacob dan Wan Srihana Wan Mohamad.

Dalam hantaran Facebook pada Selasa, Ahmad Dusuki mengharapkan agar setiap para pemfitnah mengambil iktibar daripada setiap tulisan mahupun ucapan yang keluar di bibir.

“Moga ALLAH selamatkan kita semua dari sifat keji itu. Ini baru Mahkamah dunia, ada satu lagi mahkamah akhirat. Kemenangan ini untuk perjuangan Islam,” tulisnya.

Sebelum ini, Miqdad dalam Facebook peribadi miliknya ada menulis kata-kata berunsur fitnah yang berbunyi: “Sebab masa hidup suka sebar Hadis palsu….” yang diterbitkan pada 22 April 2018.

Saman kedua pula dibuat atas kata fitnah: “Dasuku Al Kazzab…”. Kata-kata fitnah itu diterbitkan juga di Facebook beliau pada 14 Julai 2020.

Pada 2 Oktober tahun lalu, plaintif pernah menghantar tuntutan kepada defendan agar membuat permohonan maaf tetapi tiada jawapan sebelum plaintif menfailkan saman pada 14 Oktober tahun lalu. – Sinar

Topik Hangat

Audio Anwar, Zahid ulas PAU 2020 tersebar, rundingan UMNO-PKR masih ‘on’

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video dan audio didakwa mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar...

Zahid tak berbual dengan Anwar lepas PAU 2020, lapor Polis audio fitnah

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berang dengan sebaran fitnah rakaman audio perbualan beliau dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar...

Pergi Jahanam Dengan Arahan Ahmad Maslan – Nazri Aziz

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memaklumkan beliau dilarang membuat kenyataan tentang UMNO. Bercakap kepada sebuah portal, Nazri berkata larangan...

Berita Berkaitan

Jawatan Zahid tak boleh dipertahankan lagi, buat pemilihan parti sekarang, desak KJ

KUALA LUMPUR - Sebaran audio mirip Presiden UMNO dan Presiden PKR membuatkan ahli parti tidak selesa, hal demikian Khairy Jamaluddin abu Bakar mendesak pemilihan...

Audio Zahid-Anwar tanda ‘jajaran baru politik’, PAS tetap pilih PN – Presiden PAS

KUALA LUMPUR - Sebaran klip audio yang didakwa membabitkan perbualan telefon mirip Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri...

20 tahun bersama PKR, Zuraida yakin audio itu suara Anwar

KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden PKR, Datuk Zuraida Kamaruddin percaya audio perbualan yang tersebar itu adalah suara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau...