Anwar, Kerajaan Madani beri jaminan kepada Agong rakyat nikmati kek ekonomi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan jentera Kerajaan Madani memberi jaminan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk memastikan kek ekonomi dinikmati rakyat jelata.

“Menjunjung kasih atas kesudian Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang mencemar duli menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 (2025) hari ini.

“Titah Tuanku jelas menzahirkan keprihatinan terhadap usaha memastikan pentadbiran Kerajaan berjalan lancar dan terus membawa masuk pelbagai peluang pelaburan agar kemajuan ekonomi negara dapat dinikmati dan dimanfaatkan rakyat jelata.

“Patik dan seluruh jentera Kerajaan Madani akan memastikan kek ekonomi ini digunakan untuk pembangunan negara meliputi segenap lapisan masyarakat termasuk pekebun kecil, petani, nelayan dan pemain industri pertanian serta rantaian bekalan makanan negara.

“Tuanku dalam titah turut menyentuh kepentingan menggunapakai teknologi tinggi dan terkini dari aspek digitalisasi dan keselamatan siber, justeru patik percaya, ini akan membawa kepada revolusi sistem penyampaian dan perkhidmatan kerajaan yang lebih baik apabila selesai dinaik taraf sepenuhnya,” kata Anwar dalam kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu beliau turut memanjatkan doa dan harapan semoga bumi bertuah Malaysia ini kekal aman makmur dan berdaya saing berpanjangan di bawah pemerintahan Tuanku.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat