Abu Syafiq Akan Saman Balas Khairy RM500 Juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – ” Saya akan saman balas RM500 juta. Saman menteri-menteri ‘sedap sikit’ sebab poket mereka berkepuk,” kata pendakwah bebas, Abu Syafiq.

Dia berkata demikian selepas disaman oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung isu vaksin.

Abu Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Rasyiq Mohd Alwi bercadang untuk mengemukakan saman balas sebanyak RM500 juta.

Dalam hantaran sebelumnya Abu Syafiq juga turut memohon maaf kepada Khairy dengan menyapanya sebagai “abang KJ”.

“KJ. Saya minta maaf banyak-banyak. Maafkan saya ye. Saya akan buang semua video dan posting pasal Abang KJ tu.

“Usahlah Abang KJ bersedih. Saya sayang Abang KJ. Semua orang pun sayang. Allah sayang,”catatnya di Instagram pada Khamis.

Pun begitu Abu Syafiq sempat lagi berpesan supaya, tidak menyembah vaksin dan mempertuhankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Pesanan terakhir saya kepada semua: Jangan ‘sembah’ vaksin usah pertuhankan WHO,” katanya.

Dalam status lain, tanpa menyebut nama secara khusus, dia menulis “Haha” dengan tanda pagar #menteri koyak.

Terdahulu hari ini, Khairy dilaporkan memfailkan saman fitnah terhadap anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dan Abu Syafiq.

Saman itu dibuat susulan tulisan di atas talian antara 20 Oktober tahun lepas hingga 10 Januari tanun ini berkaitan program vaksinasi Covid-19 kerajaan.

Saman-saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Januari.

Ia merujuk kepada video, gambar dan tulisan di media sosial – Facebook, Youtube dan Instragram.

Saman itu difailkan melalui tetuan Rashid Zulkifli selepas defendan enggan mematuhi tuntutan Khairy antaranya supaya dakwaan-dakwaan mereka dipadam pada 16 Januari lalu.


Kredit Foto: Sinar Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat