Bencana insiden bulan hampiri bumi

- Advertisement -

Pelbagai ancaman dihadapi bumi dari angkasa lepas termasuklah meteor dan bulan mungkin bukanlah ancaman yang terlintas dalam fikiran sekali gus mampu membuatkan bumi dalam bahaya.

Namun, filem terbaru arahan pengarah, penerbit dan penulis terkenal, Roland Emmerich mulai ditayangkan hari ini, Moonfall mempersembahkan kemungkinan itu bakal terjadi.

Selaku pengarah untuk filem ini, Roland Emmerich seperti ingin menyajikan karya berbeza dari filem sebelumnya seperti Independence Day, Stargate, Godzilla, The Patriot, The DayAfter Tomorrow, 2012, White House Down, dan Independence Day: Resurgence yang mendapat kutipan seluruh dunia lebih daripada AS$4 bilion.

Walaupun tetap mengangkat tema bencana, kali ini Roland berani menampilkan kelainan keluar dari jalur dengan menempatkan luar angkasa sebagai punca permasalahan dalam filem Moonfall ini.

Filem aksi sci-fi yang mula ditayangkan hari ini lebih banyak eksplorasi kemungkinan bencana ke bumi yang disebabkan oleh bulan.

Moonfall mengisahkan bulan bergerak dari paksinya dan bakal jatuh ke bumi.

Situasi ini hanya disedari dua bekas angkasawan dan seorang pencetus teori konspirasi.

Walaupun pada awalnya mereka bercanggah pendapat namun mereka harus bekerjasama demi menyelamatkan bumi.

Tinggal hanya beberapa minggu sebelum impak dan dunia di ambang kehancuran, eksekutif Nasa Jo Fowler lakonan Halle Berry yakin dia mempunyai kunci menyelamatkan bumi.

Namun hanya bekas seorang angkasawan, Brian Harper (Patrick Wilson) dan seorang pencetus teori konspirasi KC Houseman (John Bradley) mempercayainya.

Demi menyelamatkan bumi, mereka melakukan misi terakhir yang mustahil di mana mereka pergi ke bulan dan meninggalkan keluarga tersayang hanya untuk mengetahui bulan tidak seperti kita fikirkan.

Sepanjang misi, banyak cabaran ditempuh mereka. Namun mereka tetap berusaha menyelamatkan kehidupan di bumi.

Filem ini menampilkan pelakon handalan termasuk Patrick Wilson yang sebelum ini terkenal dalam filem Conjuring buat pertama kali berpeluang berlakon di dalam filem blockbuster sci-fi.

John Bradley pula dikenali sebelum ini daripada siri Game of Thrones manakala Halle Berry memegang watak sebagai Jo Fowler, seorang bekas angkasawan yang kini eksekutif di Nasa.

Watak ini pada mulanya direka untuk seorang lelaki namun pengarah Roland Emmerich berpendapat Halle Berry sesuai membawanya.

Selain barisan pelakon hebat, pengarah yang juga penulis filem membuat rujukan mendalam dengan pakar bagi mendapatkan penjelasan mengenai apa bakal terjadi jika bulan semakin hampir dengan bumi.

Daripada itu, barulah mereka membuat situasi cemas yang dapat ditonton di dalam filem ini.

Untuk menjayakan babak kejar mengejar pihak produksi membina pentas 360 skrin hijau.

Filem ini mendapat kerjasama Agensi Angkasa Lepas Amerika (Nasa). Mereka dapat menggunakan gambar bulan yang sebenar serta kapal angkasa yang sebenar di dalam filem ini.

Mereka menggunakan khidmat bekas angkasawan untuk mengajar cara pengendalian kapal angkasa dengan betul. Bajet filem ini dianggarkan AS$140 juta!

Bagi mereka yang inginkan kelainan dan filem yang pastinya menguji adrenalin, kunjungi pawagam berhampiran anda

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat