Kisah cinta dua budaya

- Advertisement -

PERISTIWA sambutan dua perayaan iaitu Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina yang diraikan serentak pada 1996 sehingga 1998 mencetuskan idea buat produksi 555 Filem Sdn Bhd untuk menghasilkan filem berjudul Kongsi Raya.

Sambutan perayaan serentak ini amat unik kerana hanya berlaku setiap 33 tahun dan tempohnya selama tiga tahun saja.

Kongsi Raya yang mengetengahkan kisah cinta dua budaya ditayangkan di pawagam hari ini sempena Tahun Baharu Cina.

Ia mengisahkan mengenai percintaan Sharifah lakonan Qasrina Karim dan Jack (Wilson Lee) yang dihalang keluarga mereka.

Keadaan semakin rumit apabila kedua-dua bapa mereka mula berentap dalam pertandingan memasak di televisyen untuk menentukan nasib hubungan mereka berdua.

Pelbagai kejadian yang menghiburkan berlaku dalam usaha mereka untuk mempertahankan hubungan cinta mereka.

Pengarahnya, Teddy Chin sebelum ini memulakan kerjayanya sebagai pelakon, namun kini lebih terdorong untuk menjadi pengarah.

 

FILEM Kongsi Raya ketengahkan kisah cinta dua budaya.
FILEM Kongsi Raya ketengahkan kisah cinta dua budaya.

 

 

BABAK tegang dalam filem Kongsi Raya.
BABAK tegang dalam filem Kongsi Raya.

 

“Ini adalah filem pertama berbilang bangsa dan bahasa arahan saya. Ada sebab tersendiri mengapa saya hasilkan filem Kongsi Raya yang berkisarkan mengenai cinta antara kaum.

“Mulanya saya hanya mahu menulis filem komedi, tapi menyedari bahawa ada sesuatu yang unik mengenai menjadi rakyat Malaysia yang saya mahu berkongsi dalam filem.

“Saya terfikir, bagi warga asing, budaya Malaysia sangat istimewa dan integrasi kaum adalah kebanggaan kami,” katanya.

Teddy berkata, dia mendapat inspirasi untuk menghasilkan filem berkenaan hubungan kaum ini menerusi filem Allahyarham Yasmin Ahmad seperti Sepet dan Gubra.

“Sampai satu tahap, anda boleh mengatakan bahawa ini adalah satu penghormatan kepadanya. Tapi, pada masa yang sama, saya berasakan semua orang memerlukan komedi sekarang, sebab itu filem ini muncul,” katanya.

Lokasi penggambaran Kongsi Raya amat terhad di mana dibuat di Ampang, Selangor dan beberapa kawasan lain.

Selain Qasrina dan Wilson, filem ini turut dibintangi Harith Iskander dan Erra Fazira sebagai ibu bapa Qasrina.

Turut berlakon ialah Chew Kin Wah, Ong Ai Leng dan Teddy sendiri.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat