170 Pelajar Sekitar Port Dickson Menerima Bantuan Persekolahan YBR

- Advertisement -

PORT DICKSON: Atas dasar prihatin serta tanggungjawab sosial korporat kepada keluarga yang kurang berkemampuan (B40), Yayasan Bank Rakyat (YBR) telah memperuntukkan RM17,000 kepada 170 murid sekolah rendah dan menengah di sekitar Port Dickson bagi menerima bantuan persekolahan sempena dengan “Program Kembali ke Sekolah YBR”.

Menurut Pemangku Pengurus Besar YBR, Mohd Fauzi Md Fadzil, setiap pelajar akan menerima bantuan persekolahan yang bernilai RM100 bagi pembelian baju dan kasut sekolah.

“Diharapkan sumbangan yang diterima oleh murid-murid ini dapat membantu mempertingkatkan minat mereka untuk hadir ke sekolah serta pembakar semangat untuk belajar bersungguh-sungguh bagi memperolehi keputusan cemerlang,” katanya.

Jelasnya lagi, melalui program ini yang dianjurkan ini dapat memberi peluang kepada golongan yang kurang berkemampuan terutamanya masyarakat luar bandar, pendalaman dan miskin bandar membuat persiapan awal sebelum anak-anak mereka kembali ke sekolah.

“Moga bantuan ini dapat mengurangkan bebanan yang perlu ditanggung oleh keluarga bagi sesi persekolahan yang baharu.

“Bantuan yang diberikan juga ini membuktikan kprihatinan badan bukan berkeuntungan dalam menjalankan tanggungjawab bagi memastikan semua lapisan masyarakat dapat mengecapi limpahan ekonomi dalam negara,” ujar beliau lagi.

Hadir bagi menyampaikan bantuan persekolahan tersebut ialah Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Port Dickson (PEKA), Mohd Najib Tan Sri Hj Mohd Isa dan wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson, En Kamaruzaman Habibur Rahman.

Disamping itu, pada masa yang sama program bantuan persekolahan yang dilaksanakan oleh YBR ini juga akan diagihkan ke 144 lokasi lain yang telah dikenal pasti bagi membantu keluarga dan murid-murid yang kurang berkemampuan dalam mendapatkan pendidikan yang terbaik, katanya lagi.

“Sehingga akhir 2020, seramai 23,721 murid telah menerima manfaat melalui bantuan ini dengan jumlah peruntukan sebanyak RM3.87 juta.

“Bantuan yang disalurkan ini diharapkan dapat membantu ibu bapa dalam mengharungi saat-saat sukar ditambah pula dengan negara yang sedang menghadapi gelombang ketiga pandemik Covid-19.” Katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat