Timor Leste bersolidariti, sedia bantu banjir Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timor-Leste melahirkan rasa simpati yang mendalam dan solidariti kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir yang teruk mutakhir ini.

Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao dalam rangka kerja lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia sehingga esok, berkata negara tersebut sedia menawarkan bantuan kepada Malaysia dalam usaha menangani bencana alam ini.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Timor-Leste, kami mengucapkan takziah kepada keluarga yang terjejas dan mengalami kehilangan.

“Kami juga sedia menawarkan sokongan kepada kerajaan Malaysia dalam usaha menangani bencana alam ini dan membantu mereka yang memerlukan,” lapor Bernama di Putrajaya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas pertemuan dua hala di pada Isnin.

Setakat 8 pagi hari ini, jumlah mangsa banjir di seluruh negara dilaporkan seramai 138,052 orang.

Xanana Gusmao tiba di Malaysia semalam untuk memulakan lawatan rasminya selama tiga hari, yang merupakan lawatan pertama beliau ke negara ini selepas memegang jawatan pada 1 Julai 2023.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat