KUALA LUMPUR — Jabatan Imigresen Malaysia telah menambahbaik serta memperluas kemudahan sistem pagar automatik (autogate) di kawasan keselamatan di pintu masuk negara.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah kemudahan sistem pagar automatik itu diperluas kepada 53 lagi negara yang memiliki kemudahan berkenaan setakat ini.
“Bagi kawasan keselamatan di pintu masuk Jabatan Imegresen telah menambah baik kemudahan di pintu masuk seperti pelawat Dari Singapura boleh menggunakan autogate, pelawat dari 10 negara berisiko rendah, pekerja untuk syarikat yang berpengkalan di Malaysia boleh memohon pasport untuk berkerja dan meme gang pas diberi dan boleh menggunakan kemudahan autogate.
“Ia meliputi 26 negara Kesatuan Eropah (EU), 17 negara Eropah di luar EU, enam negara Arab dan empat negara lain iaitu Kanada, Hong Kong, China dan Taiwan.
“Jumlah negara yang diberikan kemudahan autogate ini ialah 63 buah negara keseluruhannya dan akan meningkatkan bilangan pelawat asing dari negara-negara ini,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang ingin tahu langkah yang diambil kerajaan untuk menambah baik perkhidmatan dan bilangan mesin pengimbasan pasport automatik di semua pintu masuk ke tanah air (termasuk lapangan terbang dan pelabuhan) bagi memudahkan urusan kemasukan pelancong asing.
Sebelum ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata inisiatif itu membolehkan pemeriksaan di pintu masuk lebih cepat dan dipermudahkan tanpa kompromi dalam elemen keselamatan, sekali gus untuk menangani kesesakan di pintu masuk negara.