KUALA LUMPUR, 1 DISEMBER 2024- Malaysian Humanitarian Aid and Relief (“MAHAR”) melancarkan kempen “PALESTINE RAYS OF HOPE” untuk terus membantu rakyat Palestin yang akan menampilkan artis tersohor negara, Anuar Zain sebagai Duta Kemanusiaan MAHAR.
Kempen ini bertujuan mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin yang sedang bergelut dengan krisis kekurangan makanan dan keperluan asas serta berdepan dengan musim sejuk yang bakal tiba tidak lama lagi. Fokus pertama bantuan dari kempen ini adalah pakaian dan perkakasan musim sejuk.
Usaha bantuan ini sangat penting pada masa ini buat mereka kerana ia dapat meringankan beban mereka dan membawa harapan baru untuk meneruskan kehidupan.
Anuar Zain berkata, beliau sentiasa mengikuti secara rapat dengan apa yang berlaku di Gaza dan amat tersentuh dengan kesengsaraan yang dihadapi mereka. Kali ini beliau merasakan perlu untuk terus membantu mereka dengan menerima cadangan kolabrasi sekaligus menjadi Duta Kemanusiaan MAHAR.
“Peluang ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk terus membantu rakyat Palestin yang sentiasa diuji dengan pelbagai cabaran.
“Jadi saya juga menyeru orang ramai dan pihak korporat untuk bersama-sama kami dalami kempen ‘Rays of Hope’ ini. Sumbangan anda mampu memberikan impak besar kepada кеhіduрап mеrека” каtапуа.
Katanya lagi, sumbangan ini tidaklah dapat memulihkan sepenuhnya keperitan yang sedang mereka hadapi tetapi sekurang-kurangnya dapat memberikan sedikit keselesaan dan harapan kepada mereka ini.
“Saya sangat berbesar hati menjadi sebahagian daripada usaha yang MAHAR lakukan ini dan akan terus berkolaborasi untuk angin perubahan Palestin.
“Saya menyeru semua pihak untuk bersama-sama menjayakan misi ini,” katanya.
Sementara itu, Presiden MAHAR, Jismi Johari berkata, signifikan program yang dirancang MAHAR adalah untuk menunjukkan solidariti kita dengan saudara kita di bumi Gaza serta menterjemah rasa ihsan serta belas kasihan.
“Kita berharap usaha ini akan membentuk satu gelombang kebersamaan dari peringkat masyarakat untuk mencipta kebaikan secara berjemaah.
“Kempen ini bukan sahaja bertujuan memenuhi keperluan mendesak mereka yang terjejas, tetapi juga meningkatkan kesedaran tentang cabaran kemanusiaan yang berterusan di Palestin,” katanya.
MAHAR percaya dengan usaha bersama, kita bukan sahaja dapat meringankan beban tetapi juga memberi inspirasi kepada lebih ramai untuk turut serta membuat perubahan.
Cara Anda Boleh Membantu
Orang ramai dan pihak korporat boleh memberikan sumbangan melalui MALAYSIAN HUMANITARIAN AID AND RELIEF CIMB Bank Berhad 8605980461.
Setiap ringgit yang disumbangkan mampu memberikan kehangatan dan harapan kepada mereka secara keseluruhannya.