Nizar Najib, Fadzli Mohamad dan 2 ADUN PH isi 10 Exco baru Pahang

- Advertisement -

TIOMAN- Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Mohd Nizar antara 10 Exco baru Pahang yang mengangkat sumpah hari ini.

Mohd Nizar dipilih sebagai ADUN Peramu Jaya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Selain itu beliau, dua ADUN daripada Pakatan Harapan (PH) turut mengangkat sumpah di Istana Abu Bakar, Pekan, petang tadi.

Mereka ialah Adun Teruntum daripada PKR, Sim Chon Siang dan Adun Triang daripada DAP, Leong Yu Man.

Chon Siang adalah Adun Teruntum untuk penggal ketiga manakala Yu Man yang juga anak pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah pula dipilih sebagai Adun Triang sejak tahun 2013.

Dalam pada itu, antara muka lama Exco Pahang dikekalkan adalah ADUN Benta, Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak; Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad (ADUN Kerdau) dan ADUN Bebar, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

Muka baru daripada Barisan Nasional (BN) yang disenaraikan dalam Exco kerajaan perpaduan di Pahang pula ialah ADUN Muadzam Shah, Razali Kassim; Datuk Seri Mohd Johari Harun (Adun Pelangai) dan ADUN Guai, Datuk Sabariah Saidan.

Mohd Johari dan Sabariah adalah ADUN penggal pertama yang baru memenangi PRU15.

Turut dilantik sebagai Exco ialah bekas setiausaha akhbar menteri besar Pahang, Mohd Fadzli Mohamad Kamal yang juga ADUN Dong.

Seorang Exco digugurkan dalam senarai walaupun turut menang dalam PRU15 iaitu ADUN Batu Talam, Abdul Aziz Mat Kiram.

Istiadat angkat sumpah berlangsung di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di Balairung Seri Istana Abu Bakar bermula jam 3.05 petang tadi.

Turut hadir pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amiruddin Shari yang juga Menteri Besar Selangor.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat