Johari, jentera daerah dan negeri siap siaga hadapi banjir Rompin

- Advertisement -

ROMPIN – Jentera dan jabatan kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) di sekitar Rompin dan Tioman sudah bersiap siaga menghadapi bencana banjir Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangk berlaku malam ini.

Calon Barisan Nasional (BN) DUN Tioman, Datuk Seri Mohd Johari Hussain berkata, penduduk di sekitar Tioman sudah biasa dengan kejadian banjir kerana fenomena ini berlaku setiap tahun terutamanya pada bulan Disember, Januari dan Februari.

Menurut Johari, apabila berlakunya banjir ia akan digerakkan secara berorganisasi dan berstruktur dalam misi menghulur bantuan.

“Ibu-ibu dalam jangka masa nak bersalin tu kita keluarkan awal.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama NGO akan main peranan untuk hantar bekalan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dari semasa ke semasa.

“Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan cawangan Umno akan uruskan hal kebajikan, Alhamdulillah setiap jentera yang ada saling melengkapi,” katanya ketika ditemui Suara.TV di Kampung Rumah Banjir, Sepayang pada Jumaat.

Jelas Johari lagi skuad banjir di peringkat negeri dan daerah akan terus bersedia dengan jentera jabatan kerajaan dan juga NGO.

“Saya sebelum ini Exco pegang portfolio NGO kita sentiasa bersama dengan kerajaan negeri dan jabatan kerajaan sebagai porter kepada jentera skuad banjir jadi di Rompin satu tempat yang sering dilanda banjir.

“Keseluruhan Rompin ini boleh dikatakan setiap tahun, esok atau malam ini ikut laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan kaji jika ada tanda-tanda air naik namun begitu sehingga setakat kita berkempen tak nampak lagi tanda hujan lebat, hujan tidak berhenti atau hujan turun pada kadar melampau setakat ini.

“Saya yakin dan percaya di daerah jni mereka sentiasa bersedia berjaga-jaga sebarang kemungkinan,” katanya.

Tambah beliau, JPS akan memantau aras air sungai dari semasa ke semasa laporan akan dihantar ke peringkat negeri dan Jabatan Meteorologi juga mengambil kira perkara ini peningkatan air akan gerakkan penghuni di sekitar kawasan berisiko dan sering banjir akan dibawa keluar lebih awal.

“PPS pun memang dah ada, tiada masalah. Bukan sekadar musim pilihan raya, biasa musim monsun air naik paras buku lali pun kita akan melawat,” ujarnya.

Di daerah ini lokasi paling berisiko banjir ialah do sekitar Sungai Mok, Ladang Sungai Mentelong dan Kampung Denai manakala kampung Rumah Banjir ini merupakan kawasan perpindahan mangsa banjir pada 1971.

Semalam, JPS meramalkan kemungkinan berlaku banjir di Rompin, Pahang, mulai jam 8 malam ini.

JPS dalam kenyataan hari ini, memaklumkan lokasi yang diramal banjir ialah di Jambatan Kampung Kedaik dan kawasan sekitarnya.

Ramalan itu adalah berdasarkan makluman ramalan hujan Jabatan Meteorologi Malaysia dan hasil simulasi model ramalan banjir susulan amaran hujan berterusan (buruk).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat