Anwar akan umum Jemaah Menteri petang ini

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pengumuman senarai Kabinet sekali lagi menjadi tumpuan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan akan mendedahkan perkara itu hari ini.

Beliau mengesahkan perkara itu ketika berucap di majlis Kenduri Rakyat di Tambun, Perak.

Menurut Anwar, pengumuman itu akan dibuat selepas senarai berkenaan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi tadi.

“Saya buat keputusan persembahkan (senarai anggota kabinet) kepada Tuanku dan Insya-Allah saya akan umumkan barisan menteri pada petang ini,” kata Anwar, lapor Malaysiakini.

Ahli parlimen Tambun itu menjelaskan biasanya jika ada pengumuman penting sebegitu, beliau tidak akan keluar dari Putrajaya bagi memberi tumpuan kepada hal-hal berkaitan.

Bagaimanapun, tambah Anwar, dia tidak dapat mengetepikan “panggilan orang Tambun dan orang Perak” yang menunggunya di majlis tersebut.

Sementara itu, pihak Pejabat Perdana Menteri juga telah mula meminta senarai nama media bagi menghadiri Majlis Pengumuman Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Berdasarkan edaran bagi memohon senarai nama media itu, majlis berkenaan akan diadakan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya namun tiada sebarang tarikh dan masa yang ditetapkan lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat