MONSTA pantau ketat Mechamato Movie ‘tak bocor’ awal di media sosial

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Studio animasi MONSTA berharap tiada kebocoran atau penayangan haram Mechamato Movie menjelang tayangannya di pawagam bermula 8 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA juga pengarah dan penulis filem animasi terbabit, Nizam Abdul Razak berkata, pihaknya bersama Astro Shaw akan berusaha membendung kegiatan sebegitu.

“Seperti penggiat filem lain, kerisauan itu tetap ada. Tetapi kami akan memastikan tiada ‘spoilers’, muat naik haram ataupun kebocoran yang tersebar di media sosial. MONSTA dan Astro Shaw ada pasukan khas  yang akan sentiasa memantau dan mengawal sekiranya ia dimuat naik di media sosial.

“Pada masa sama, kami juga berharap agar penonton bersikap lebih matang dan bertanggung jawab untuk tidak berkongsi ‘spoilers’ and pautan muat naik secara haram filem itu. Bantu kami untuk memajukan filem animasi tempatan,” katanya.

Pada tayangan perdana Mechamato Movie di sebuah pawagam, baru-baru ini, kehadiran penonton sangat luar biasa yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur.

Nizam berkata, dia sangat bersyukur penonton yang hadir memberikan reaksi positif terhadap keseluruhan filem terbabit dan berharap sambutannya di pawagam lebih luar biasa.

“Reaksi yang kami terima dari penonton sangat mengagumkan. Rata-rata menyatakan keseronokan, kebanggaan, dan perasaan teruja selepas menonton Mechamato Movie.

“Dan semestinya kami berharap, mereka dapat membawa rakan-rakan dan ahli keluarga ke pawagam apabila keluar secara rasmi bermula 8 Disember nanti,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, mereka sangat teruja untuk menerbitkan filem animasi itu yang sudah lama dinantikan peminat.

“Astro Shaw selaku penerbit bersama yang juga pemasar dan pengedar mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap produksi animasi tempatan seperti MONSTA.

“Mereka mempunyai kredibiliti dan trek rekod yang baik dalam membawa nama Malaysia ke peringkat global. Menerusi Mechamato Movie, MONSTA meletakkan standard baharu sebagai filem berkaliber antarabangsa,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat