Tiket Konsert Padi Reborn 25 Years Sabtu ini ‘sold out’, penganjur hulur derma untuk asnaf

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penganjur Konsert Padi Reborn 25 Years, Qew Communications Sdn Bhd bakal mendermakan sebahagian daripada hasil jualan tiket konsert akan berlangsung pada Sabtu ini kepada persatuan badan bukan kerajaan (NGO) kanak-kanak asnaf.

Pengarah Qew Communications, Datin Rahizahwati Yahya turut berlapang dada apabila konsert sempena ulang tahun ke-25 Padi habis terjual.

“Kami menerima perkhabaran gembira bahawa tiket Sabtu ini sudah habis dijual. Sehubungan itu, kami berhasrat untuk mendermakan sebahagian daripada hasil jualan tiket kepada persatuan kanak-kanak asnaf.

“Setiap RM1 daripada jualan tiket itu akan kami sumbangkan kepada persatuan terbabit. Ini merupakan penganjuran kedua saya.

“Setelah kali terakhir mereka ke sini pada tahun 2018. Kami begitu teruja dengan kehadiran mereka selepas lima tahun,” katanya.

Rahizahwati ditemui pada sidang media Padi Reborn 25 Years yang diadakan di Hotel Tamu, di ibu kota, hari ini.

Sementara itu, vokalis kumpulan Padi, Fadly, turut memuji usaha murni penganjur dan berbesar hati apabila konsert itu turut menjadi platform untuk kumpulannya berbuat amal sambil menghiburkan peminat di sini.

Selain itu, ditanya mengenai persiapan konsert yang akan berlangsung pada Sabtu ini di Zepp KL, Fadly, meluahkan rasa teruja dapat melepaskan rasa rindu bersama peminat di sini.

“Setelah ‘berpuasa’ selama beberapa tahun, kami begitu teruja untuk beraksi kali ini. Lebih menarik, kami akan menyanyikan lebih banyak lagu berbanding pada tahun 2018.

“Kami bakal menyanyikan sebuah lagu Datuk Sheila Majid dan beliau juga akan menyanyikan lagu Padi,” kata Fadly.

Konsert pada Sabtu ini turut menampilkan Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid untuk berpadu suara.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat