243 Polis Akan Undi Awal Di Tioman Esok, Manakala 76 Di Padang Serai – SPR

- Advertisement -

TIOMAN – Seramai 243 anggota polis akan mengundi awal bagi Pilihan Raya Dewan Negeri N.42 Tioman,Pahang manakala bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.017 Padang Serai, sejumlah 76 orang polis akan mengundi awal pada 3 Disember 2022,Sabtu.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, di Tioman anggota polis akan mengundi awal
di Bilik Rehat Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin bermula jam 8 pagi hingga 5 petang dan di Bilik Maklumat Balai Polis Tekek Pulau Tioman 8 pagi hingga 12 tengahari.

Manakala katanya, bagi anggota polis akan mengundi awal di Padang Serai lokasinya di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, mulai jam 8 pagi hingga 2 petang pada Sabtu ini.

“Pengundi yang dikategorikan mengundi awal adalah dinasihatkan untuk membuat semakan maklumat pengundian melalui portal
semakan di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my atau hubungi Hotline SPR di talian 03-88927018 / 03-88880040 atau melalui
aplikasi MySPR Semak.

“Adalah dimaklumkan juga, penandaan dakwat pilihan raya akan dibuat pada jari kelingking tangan kiri, bagi pengundi yang hadir pada hari mengundi awal,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, SPR turut menyarankan kepada pengundi yang positif Covid-19 untuk berhubung terus dengan Pegawai Kesihatan Daerah bagi memudahkan urusan pengundian awal nanti.

“Proses pengundian awal ini turut disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding. Di samping itu, SPR akan menyiarkan proses pengundian ini secara live streaming menerusi Facebook SPR di beberapa Pusat Mengundi Awal yang terpilih.

“Kertas-kertas undi awal tidak akan dibuat pengiraan pada hari mengundi awal dan kesemua peti undi akan disimpan di lokap balai polis untuk jagaan selamat. Kertas-kertas undi tersebut hanya akan dibuat pengiraan pada 7 Disember 2022, bermula jam 4 petang di tempat pengiraan undi yang ditetapkan SPR serta disaksikan oleh ejen-ejen calon masing-masing,” jelas Ikmalrudin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,462FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat