Bahas usul kenaikan harga barang di Dewan Rakyat bukan kamar khas

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Usul kenaikan harga barang seafdhalnya dibahaskan di Dewan Rakyat bukannya kamar khas.

Beberapa ahli Parlimen pembangkang mendesak usul kenaikan harga barang dibahaskan secara terbuka membabitkan beberapa kementerian bukan hanya bertumpu kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semata-mata.

Antara yang mempertikai perkara itu ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata, ini kerana usul berkenaan bukan hanya melibatkan KPDNHEP tetapi lebih daripada satu kementerian.

“Perlu dibahaskan di Dewan Rakyat dan bukan kamar khas.

“Usul ini melibatkan Kementerian Pertanian dan Kewangan juga. (Jika) di kamar khas akan terbatas,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika menggesa Timbalan Speaker, Datuk Mohd Rashid Hasnon mengkaji semula keputusan membenarkan usul kenaikan harga barang dibahas di kamar khas.

Sebelum itu, Rashid berkata, usul membahaskan isu kenaikan harga barang yang dibawa oleh Datuk Salahuddin Ayub (PH-Pulai) diputuskan untuk dibenarkan dibahas di kamar khas.

Dalam pada itu, Anwar berkata, isu kenaikan harga barang perlu dibahaskan di Dewan Rakyat kerana rakyat sedang menanti tindakan segera daripada kerajaan.

Anwar mendakwa, hasil tinjauannya di lapangan, ramai rakyat miskin yang berpendapatan rendah (B40) tidak makan lagi sayur dan ayam “selama berminggu-minggu”.

“Kerajaan perlu beri ketegasan segera, iaitu hari ini atau esok untuk redakan tekanan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) bersetuju dengan gesaan Anwar dan berkata isu berkenaan melibatkan Keluarga Malaysia.

“Saya mohon cadangan Ketua Pembangkang supaya isu berat seperti ini perlu dibahaskan di Dewan Rakyat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat