MPN tubuh dua jawatankuasa khas cari solusi kenaikan harga barang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dua jawatankuasa dibentuk Majlis Pemulihan Negara (MPN) bagi mencari penyelesaian kepada isu-isu yang menjadi punca kepada kenaikan mendadak harga barangan,” kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selaku Pengerusi MPN, Muhyiddin memberitahu, MPN memberi penekanan khusus kepada isu kekurangan tenaga kerja “yang meruncing” dalam pelbagai sektor dan masalah kecairan yang dihadapi perusahaan-mikro-kecil-dan-sederhana (PMKS), selepas meneliti ketidakupayaan penawaran memenuhi permintaan ketika ekonomi negara dibuka semula.

Kata beliau, MPN menubuhkan jawatankuasa tindakan khas yang diterajui Kementerian Sumber Manusia bagi mengenal pasti langkah-langkah penyelesaian segera yang boleh dilaksanakan bagi menangani isu tenaga kerja.

Sementara itu, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi menerajui jawatankuasa tindakan khas untuk mencari penyelesaian segera menangani isu kecairan yang dihadapi PMKS.

Laporan dan cadangan akan dibentangkan kepada MPN dalam mesyuarat akan datang, kata Muhyiddin.

“Saya juga berpandangan sebuah jawatankuasa Kabinet wajar ditubuhkan untuk menangani isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat