BNM sedia kemudahan TRRF dan MEF untuk bantu PKS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memberikan maklumat lanjut tentang pelaksanaan dua dana untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat COVID-19 seperti yang diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2021 iaitu Kemudahan Bantuan dan Pemulihan Bersasar (TRRF) dan Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF).

BNM dalam satu kenyataan berkata bagi TRRF, PKS yang layak boleh mendapatkan pembiayaan bagi tujuan modal kerja sehingga RM500,000 untuk tempoh sehingga 7 tahun, termasuk moratorium sekurang-kurangnya selama 6 bulan.

Kemudahan ini ditawarkan pada kadar sehingga 3.5 peratus setahun dan boleh diperoleh melalui 21 institusi kewangan peserta, dengan perlindungan jaminan oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) atau Credit Guarantee Corporation (CGC).

Kemudahan pinjaman bernilai RM2 bilion untuk membantu PKS yang layak dalam sektor perkhidmatan itu kini tersedia sehingga 31 Disember 2021 atau habis digunakan (mana yang lebih awal), katanya.

Mengenai MEF, BNM berkata kemudahan itu telah ditambah baik untuk meningkatkan akses perusahaan mikro kepada kredit, yang merangkumi individu yang bekerja sendiri, pekerja sambilan (pekerja gig) yang menggunakan platform digital dan peserta program iTEKAD, program pembiayaan sosial yang menyokong usahawan mikro dalam golongan B40.

Jumlah peruntukan bagi kemudahan itu telah ditambahkan nilainya daripada RM300 juta kepada RM410 juta, dengan baki peruntukan yang tersedia sebanyak RM200 juta, katanya.

BNM berkata perusahaan mikro yang layak boleh mendapatkan pembiayaan untuk tujuan modal kerja dan perbelanjaan modal sehingga RM50,000.

Kadar pembiayaan akan ditetapkan oleh institusi kewangan peserta, bagi kemudahan ini, institusi kewangan peserta juga boleh mendapatkan perlindungan jaminan daripada CGC atau SJPP.

“Untuk memohon TRRF, PKS yang berminat boleh memohon terus kepada institusi kewangan peserta, yang terdiri daripada bank-bank perdagangan, bank-bank Islam dan institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia oleh BNM, menerusi laman web mereka atau pergi ke cawangan-cawangan institusi kewangan peserta.

“Bagi MEF, perusahaan mikro yang berminat boleh memohon terus kepada institusi kewangan peserta di bawah Skim Pembiayaan Mikro,” kata BNM.

Selain itu, bank pusat itu berkata butiran mengenai Kemudahan Teknologi Tinggi (HTF) akan dimumkan pada 15 Disember, 2020.

Orang ramai boleh menghubungi BNMTELELINK bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan penyelesaian untuk sebarang isu yang mungkin dihadapi dengan bank mereka menerusi e-mel, [email protected] atau menghububung di talian 1-300-88-5465.

Maklumat lanjut mengenai ciri-ciri kemudahan pembiayaan tersebut boleh diperoleh di www.bnm.gov.my/covid19/.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat