CAP gesa KPDNHEP pantau kenaikan drastik harga bawang merah

DARURAT AGENDA POLITIK ATAU AGENDA RAKYAT

Oleh Ab Jalil Backer Proklamasi Darurat oleh Yang Di-Pertuan (YDP) Agong pada 13 Januari lalu sehingga 1 Ogos 2021 merupakan jalan paling baik dalam membantu...

Rumah Terputus Dua Dilanda Arus, Cuma Dapat Selamatkan Adik Dan Geran Motor Serta Tanah

RAUB: Bencana alam banjir besar yang melanda dibeberapa negeri seperti di Pahang baru-baru ini menyebabkan ramai orang di kawasan terjejas telah kerugian harta benda...

Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke mahkamah sivil

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar perbicaraan kes pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn...

Tidak putus asa, Anwar sekali lagi dakwa ada cukup sokongan

CYBERJAYA: Ketika negara sedang sibuk melawan Covid-19, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti...

“Dorang datang lawat abang lah… lepas ni boleh lah Google Meet di rumah”

SANDAKAN - BESAR betul kesan viral cerita pasal budak 10 tahun dari Kampung Sinar Baru, Batu 12 yang terpaksa pergi bukit dalam ladang sawit...

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memantau kenaikan harga bawang merah di pasaran yang dilaporkan meningkat secara drastik.

Presidennya Mohideen Abdul Kader berkata pemantauan itu bagi memastikan tiada aktiviti pencatutan atau kenaikan harga secara berlebihan selepas India mengenakan pengharaman eksport disebabkan bencana banjir monsun di negara itu.

Beliau berkata CAP telah melakukan tinjauan di pasar sekitar Pulau Pinang bulan lepas dan mendapati harga bawang merah import dari China, Holland dan Pakistan meningkat daripada RM4.00 kepada RM7.50 sekilogram dan kini harga komoditi tersebut telah meningkat kepada RM10.50 sekilogram.

“KPDNHEP seharusnya menjalankan siasatan segera terhadap kenaikan harga bawang yang terlalu tinggi, sama ada peningkatan itu wajar serta memeriksa kualiti bawang tersebut.

“Pihak kementerian juga tidak seharusnya teragak-agak untuk melaksanakan skim kawalan harga seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 sekiranya keadaan mendesak,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Aduan biasa yang diterima oleh CAP ialah bawang merah berkualiti rendah tetapi harganya mahal manakala peruncit mendakwa masalah bermula apabila bekalan dari India terhenti.

Sementara itu, CAP menggesa Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) supaya memeriksa pengimportan bawang di samping memastikan bekalan bawang merah terus berada dalam pasaran selain perlu menggalakkan petani tempatan dan masyarakat mengusahakan tanaman bawang.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Berita Berkaitan