Majlis Anugerah Ikon Kebajikan 2025 Rai Wira-Wira Kemanusiaan Negara

KUALA LUMPUR, – Majlis Anugerah Ikon Kebajikan 2025 yang berlangsung malam tadi di Alamis City Hotel, Kuala Lumpur, diraikan penuh gemilang bagi mengiktiraf sumbangan individu dan pertubuhan yang komited memperjuangkan nilai kebajikan, kemanusiaan serta kesejahteraan masyarakat di negara ini.

Majlis berprestij itu dinaungi oleh Yang Amat Mulia Raja Saidatul Mardiah Binti Almarhum Sultan A’fifuallah Shah, yang juga merupakan penaung rasmi program berkenaan. Kehadiran baginda menyerikan acara sekaligus menzahirkan sokongan terhadap usaha memperkukuh budaya prihatin serta tanggungjawab sosial dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menurut penganjur, majlis ini bukan sekadar simbol penghormatan, sebaliknya merupakan pengiktirafan terhadap perjuangan tulus mereka yang berbakti tanpa mengira pangkat, kedudukan atau latar belakang. Ia turut menjadi platform memperkukuh jaringan strategik antara badan kebajikan, pemimpin komuniti dan sektor korporat dalam menyokong agenda pembangunan insan sejagat.

Kemuncak malam tersebut menyaksikan Dato’ Yana Harniza Binti Meor Idris dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ikon Kebajikan Masyarakat 2025, atas sumbangan besar beliau dalam memperjuangkan program kemasyarakatan, kebajikan wanita dan pembangunan komuniti di peringkat nasional.

Turut menerima pengiktirafan dalam pelbagai kategori ialah:

1. Anugerah Inspirasi Keusahawanan – Che Zarina Binti Bashir Ahmad, Presiden Pertubuhan Perkhidmatan Pembelajaran Sosial Ummah.

2. Anugerah Penasihat & Pendukung Masyarakat, Hassan Bin Mohammad (Ayahmi) – Presiden Pertubuhan Ayahanda Penyatuan Insan Malaysia (PAPIM).

3. Anugerah Sumbangan Cemerlang Kesihatan Komuniti, Farhana Binti Fadzilah Husani – Presiden Kelab Inspirasi Usahawan Melayu (KIUM).

4. Anugerah Inspirasi Pembangunan Insan & Syiar Islam – Susi Nurani Binti Razikin, Presiden NGO Maahad Tahfiz Lil Aytam.

5. Anugerah Aktivis Prihatin Ibu Tunggal & Asnaf – Dato’ Fatimah Sharmine Binti Mohd Aris, Presiden Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal Islam Malaysia (PAKIT).

6. Anugerah Kebajikan Insan Seni – Kamariah Binti Mohd Arshad (Kay Maria), Presiden Kelab Kebajikan Sosial Insan Seni (KEKEKIS).

7. Anugerah Pendukung Warisan & Masyarakat – Dato’ Paduka Kamaruddin Bin Manap, Pengerusi Dewan Pembangunan Ekonomi Naning Malaysia (DEPENA).

8. Anugerah Inspirasi Kepimpinan – Dato’ Yana Harniza Binti Meor Idris, Presiden Kelab Ikon Sukarelawan Wiranita Malaysia, Setiausaha Pertubuhan Bantuikhlas Malaysia, Penasihat Media Jabatan Polis Perkep KDN/KA dan Penaung Kumpulan WATIM.

9. Anugerah Kecemerlangan Persatuan Dalam Pembangunan Masyarakat – Norasikin Binti Mohd Aris, Presiden NGO Wanita Asnaf Tunggal Islam Malaysia (WATIM).

10. Anugerah Inspirasi OKU (Anugerah Khas) – Azhari Bin Ibrahim, Presiden Persatuan Orang Kurang Upaya Putrajaya (PROcJAYA).

Majlis tersebut turut dihadiri oleh pelbagai tokoh masyarakat, pemimpin NGO, wakil korporat serta aktivis sosial dari seluruh negara, yang bersama-sama menjayakan malam penghargaan kepada wira-wira kebajikan tanah air.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat