Ustaz Kazeem Alias Tarik Diri Calon BN Parlimen Larut

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias menarik diri daripada bertanding mewakili BN di Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengumumkan perkara berkenaan pada Pengumuman Calon BN di Ipoh, hari ini.

Saarani berkata, Mohd Kazim digantikan dengan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud.

“Mohd Shafiq menggantikan Mohd Kazim yang membuat keputusan menarik diri,” katanya lapor Berita Harian.

Semalam, pencalonan Ustaz Kazim diumumkan sendiri Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pengumuman Bakal Calon Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Pemilihan tokoh agama itu berdasarkan populariti dan pengaruhnya di negeri Perak dan sesuai untuk berdepan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin di Larut.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,477FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat