“Saya tak akan janji hapus tol, tak mahu tipu pengundi” – Khairy

- Advertisement -

SUNGAI BULOH – “Jangan minta saya janji hapuskan tol, saya cuma buat janji yang masuk akal sahaja, saya tak akan tipu pengundi di Sungai Buloh,” demikian ikrar calon Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menteri Kesihatan yang juga bekas ahli Parlimen Rembau itu menyatakan beliau akan melancarkan “Kata Janji (KJ) Sungai Buloh” dengan taburan janji masuk akal sahaja.

“Jangan minta saya hapus tol, saya takkan janji. Sebab saya tak nak tipu, saya buat janji masuk akal saja.

“Saya tak janji apa yang tak boleh buat. Saya sedar ucapan ini dirakam, kalau saya tak tunai janji orang akan edit dan katakan KJ ‘kencing Sungai Buloh’.

“Oleh itu, saya cakap (janji) apa yang saya mampu buat untuk Sungai Buloh. Saya serahkan diri saya untuk Sungai Buloh,” katanya pada majlis pengenalan calon dan perjumpaan jentera BN di Sungai Buloh malam ini.

Beliau menyatakan akan melancarkan “Kata Janji (KJ) Sungai Buloh pada minggu depan dengan tawaran kesejahteraan ekonomi pengundi, kebajikan rakyat miskin tegar, sakit terlantar, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan juga gelandangan.

“Kalau kita tak dapat jaga mereka yang dipinggirkan kita bukan pemimpin sejati.

“Saya akan pastikan kawasan ini cemerlang dalam aspek pendidikan, baiki jalan berlubang dan jika Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob lantik saya jadi menteri lagi saya akan minta projek tebatan banjir terbesar untuk Sungai Buloh,” ujarnya di depan hampir 2,000 hadirin yang hadir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat