Pimpinan BN lemah, tidak iktiraf wanita dalam PRU15 – Norshida

- Advertisement -

CYBERJAYA – Pucuk pimpinan Barisan Nasional dilihat gagal memenuhi komitmen meletakkan 30% calon wanita pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) seperti yang pernah dijanjikan sebelum ini.

Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia Datuk Norshida Ibrahim berkata, kuota 30% calon wanita yang dijanjikan sebelum ini menjadi tuntutan di kalangan sayap parti itu kerana Wanita Umno juga merupakan salah satu faktor kemenangan BN setiap kali pilihan raya diadakan.

“Jika tidak mahu melaksanakan 30% Calon Wanita, adalah tidak perlu MKT UMNO dan keputusan Majlis Tertinggi BN yang menyatakan komitmen untuk meletakkan sekurang-kurangnya 30% penglibatan Calon wanita dalam Pilihanraya Umum ke 15 yang lepas.

“Apakah kita perlu berdiam diri dengan pendirian sebegini yang telah sebegitu lama dijanjikan angan -angan kosong oleh pucuk pimpinan?

“Jelas bahawa Pucuk Pimpinan lemah dan tidak mengiktiraf dan memberikan kepercayaan penuh kepada Wanita BN untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam pimpinan arus perdana negara,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Norshida yang juga merupakan Ketua Wanita Segamat turut menzahirkan kekecewaannya apabila pucuk pimpinan BN hanya meletakkan kira-kira 11% calon wanita berbanding 30% seperti yang dijanjikan sebelum ini.

“Keprihatinan kepada isu ini oleh pucuk pimpinan boleh katakan hanya batuk di tepi tangga kerana mereka tahu ramai wanita mempunyai bakat, iltizam dan potensi untuk memimpin serta berkhidmat untuk rakyat dan negara tetapi gagal diketengahkan,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno meluluskan cadangan untuk meletakkan 30% calon wanita pada PRU15 kali ini.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ketetapan itu bermakna calon wanita mewakili Umno dan BN dalam PRU meningkat hampir sekali ganda, berbanding hanya 14% calon wanita pada PRU14.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat