Neelofa terharu

- Advertisement -

Kuala Lumpur:  “Video ini buatkan saya menangis, masya-Allah,” kata pelakon dan pengacara Neelofa mengenai video istimewa yang dimuat naik di akaun Instagram kelab peminatnya, lofa.page.

Video berdurasi 4.14 minit itu mengandungi klip dan gambar lama Neelofa bersama PU Riz yang disunting beberapa bulan sebelum pengacara itu berniqab.

Video istimewa yang dibuat khas oleh seorang daripada peminat Neelofa nyata menarik perhatian ramai apabila video yang dimuat naik di IGTV itu sudah ditonton lebih 487,000 ribu dan meraih 460 komen.

 

TANGKAP layar IG Story yang dikongsi Neelofa.
TANGKAP layar IG Story yang dikongsi Neelofa.

 

Menerusi video itu dapat disaksikan serba sedikit perjalanan dan aksi spontan Neelofa dan PU Riz di awal perkenalan mereka sehinggalah hubungan mereka mula menjadi rapat tanpa sengaja.

Semalam Harian Metro melaporkan Neelofa dikatakan sudah dirisik oleh pelakon dan pendakwah, PU Riz atau nama sebenarnya Hariz Ismail dalam satu majlis sederhana yang berlangsung di kediaman keluarga selebriti dan ahli perniagaan itu.

Terdahulu, tular di media sosial apabila ramai warganet membuat perkongsian gambar Neelofa dan PU Riz berpakaian warna sedondon termasuk ucapan tahniah buat pasangan sejoli berkenaan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat